Nuffnang

Selasa, 27 November 2012

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Nabil Ahmad, <b>Neelofa</b> Gamatkan MeleTOP!

Posted: 29 Oct 2012 12:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 25 OKT 2012: Buat julung kalinya, pelawak, Nabil Ahmad dan pelakon, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor bakal digandingkan bagi menggalas tangungjawab sebagai pengacara program hiburan terbaru Astro Ria iaitu MeleTOP mulai 30 Oktober ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, kedua-dua bintang itu dipilih untuk mengemudi program berita hiburan berkenaan kerana gandingan mereka dilihat sesuai serta trending dan fresh dengan elemen komedi.

"MeleTOP merupakan program hiburan sensasi dan trending terkini daripada pentas hiburan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi gosip, filem, muzik, internet dan sebagainnya.

"Jadi untuk menyampaikannya kami juga memilih pengacara yang bukan sahaja trendy malah muda dan segar seperti Nabil Ahmad dan Neelofa. Selepas melakukan casting, kami rasakan gandingan mereka mampu memberikan sesuatu yang unik dan fresh.

"MeleTOP bakal menjanjikan kelainan yang segar berbanding program-program sedia ada. Kekuatan program ini pastinya terletak pada elemen komedi dan santai yang diterapkan dalam menyampaikan berita dan gosip terkini oleh dua hos ini," katanya dalam sidang media MeleTOP di Hotel Best Western Primiere, petang semalam.

MeleTOP bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) setia hari Selasa jam 10 malam bermula 30 Oktober ini.

Menariknya, Raqim memberitahu akan ada tetamu jemputan daripada kalangan artis untuk memberi penjelasan secara eksklusif mengenai gosip yang sedang hangat diperkatakan pada ketika itu.

"MeleTOP adalah sebuah program yang bukan program hiburan biasa yang penuh dengan gosip tetapi di dalam program ini kami akan meminta artis untuk tampil memberi penjelasan mengenai gosip tersebut.

"Tidak terhad kepada kisah dunia hiburan semata-mata, MeleTOP turut memaparkan apa saja yang rancak diperkatakan di laman sosial seperti Twitter, Facebook, YouTube, Instagram, blog dan banyak lagi.

"MeleTOP juga merangkumi gaya hidup terkini seperti berita bintang-bintang sukan terkenal serta tumpuan lokasi artis di gerai makanan, pusat rekreasi dan sebagainya," jelasnya lagi.

Antara selebriti yang akan membuat penampilan istimewa di MeleTOP adalah Aril, Elfira Loy, Shaq (penyampai radio Era FM) serta dua bintang baru, Sasha El-Khred serta Idris Khan.

Program yang ditayangkan selama sejam ini akan terbahagi kepada tiga segmen utama. Pertama, Gosip MeleTOP, yang mana dalam segmen ini ia akan memaparkan paparan gosip terkini yang hangat melanda industri hiburan tanah air.

Segmen kedua adalah Carta MeleTOP yang mana ia disokong oleh radio Era FM yang membawakan carta lagu terkini dan kedudukan teratas carta MeleTOP 40 Era. Ketiga adalan segmen filem MeleTOP, iaitu menampilkan carta filem terlaris di Malaysia termasuk sketsa parody babak daripada filem pilihan.

Terdapat juga beberapa segmen istimewa yang dibawakan pada setiap minggu. Misalnya Birthday MeleTOP akan menampilkan artis kegemaran membuat kejutan sempena hari jadi peminat. Segmen Arena MeleTOP pula akan memaparkan berita sensasi bintang sukan terkenal manakala segmen Lokasi MeleTOP pula akan memabwa para selebriti ke lokasi tumpuan orang ramai seperti gerai makanan, pusat rekreasi atau aktiviti lasak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan