Nuffnang

Ahad, 4 November 2012

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Taufan Sandy Tak Halang <b>Ning Baizura</b> & Suami Ke New York

Posted: 31 Oct 2012 12:35 PM PDT

..

 Meskipun sedia maklum dengan situasi di New York yang terjejas teruk akibat Taufan Sandy, namun keadaan itu tidak sedikitpun mematahkan semangat diva soul popular, Ning Baizura dan suaminya, Chris Dalton untuk mengunjungi bandaraya itu.

Memetik kenyataan di portal murai.com, Ning telah pun bertolak ke New York tengah malam tadi dengan menaiki penerbangan MAS. Penyanyi itu ke sana kerana menemani suaminya yang terlibat dalam acara larian marathon amal yang bakal disertai lebih 300,000 peserta dari seluruh dunia.

Bagaimanapun, mereka akan berhenti di London terlebih dahulu untuk menaiki pesawat British Airways untuk terus ke sana.  

Kata Ning, mereka nekad juga berangkat ke sana kerana setakat ini tiada laporan daripada laman web rasmi larian marathon berkenaan yang mengatakan aktiviti amal itu dibatalkan atau digantikan kepada tarikh lain.sebagainya.

Malah, pihak penerbangan British Airways juga tidak memaklumkan apa-apa mengenai bahawa penerbangan kami ke New York, sama ada ia terpaksa dibatalkan atau pun ditangguhkan.

Dalam keadaan dirinya yang sedang sarat berbadan dua, Ning Baizura berkata dia mengambil keputusan untuk tinggal bersama mertuanya di London, jika keadaan di New York dilaporkan merbahaya buat dirinya.

Tambahnya, daripada apa yang diketahui menerusi laporan berita CNN, Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York sudah pun dibuka kepada penerbangan dosmetik dan diharap ia bakal dibuka kepada peberbangan antarabangsa lain dalam masa terdekat.

Sementara kawasan tempat mereka tinggal iaitu di Central Park, Manhattan tidak mengalami kesan yang teruk berbanding kawasan luar lain seperti New Jersey. Malah, pihak yang bertanggungjawab menguruskan pangsapuri kediaman mereka selama 12 hari di sana memberitahu bahawa kawasan itu selamat dan tidak terjejas langsung.

Ning dan suami dijangka akan berada di New York pada 1 November ini dan larian amal berkenaan akan berlangsung pada 4 November ini.

- mD

- http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=13188&c=1&s=1

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejati - <b>Ning Baizura</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 17 Oct 2012 07:15 AM PDT

Tajuk Lagu: Sejati
Album: OST Lagenda Budak Setan 2 Katrina
Artis: Ning Baizura

Muzik Video: Sejati - Ning Baizura

Lirik Lagu: Sejati - Ning Baizura

Huu.. ooo..
Hancurlah hatiku hancurlah jiwaku dan cintaku
Tanpa harapan kini kau pergi tinggalkan diri ku sendiri

Janji janji indah tuk saling setia dan mencinta tuk selamanya
Hanyalah semua bagaikan embun di pagi hari

Kini ku sendiri tanpa kau di sisi
Hidup tanpa hati dan tanpa harapan
Cinta sejatiku cinta mu selalu
Kau tetap yang dulu tanpa hati dan rasa

Janji-janji syurga tuk saling setia dan mencinta tuk selamanya
Hanyalah semua bagaikan embun di pagi hari

Kini ku sendiri tanpa kau di sisi
Hidup tanpa hati dan tanpa harapan
Cinta sejatiku cinta mu selalu
Kau tetap yang dulu tanpa hati dan rasa

Kini ku sendiri tanpa kau di sisi
Hidup tanpa hati dan tanpa harapan
Cinta sejatiku cinta mu selalu
Kau tetap yang dulu tanpa hati dan rasa

Ohh ohh ohh hoo huu huu.. huu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan