Nuffnang

Jumaat, 30 November 2012

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


Selesai Jalani Pembedahan, <b>Wan Sharmila</b> Hadapi Kesukaran <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 09:12 PM PST


Petang semalam telah berlangsungnya majlis ramah mesra antara para pelakon drama 'Spy M' terbitan Radius One Sdn Bhd yang telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Drama arahan Ramli Long ini diterajui oleh pelakon-pelakon hebat seperti Wan Sharmila, Sharifah Shahira, Amyza Adnan, Zalif Sidek serta Jason Chong. Drama penuh aksi ini akan mula ditayangkan di TV3 pada 3 Disember di slot Aksi bermula jam 9 malam.

Menurut Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala, menerusi drama ini dia menghadapi sedikit kesukaran untuk melakonkan babak aksi kerana dirinya baru sahaja selesai menjalani pembedahan Ogos lalu. Meskipun  begitu, pelakon manis ini akui cuba untuk melawan kesakitan tersebut dan lakukan yang terbaik untuk drama 'Spy M.'

"Saya baru je lepas 'operation' bulan puasa hari tu. Hampir sebulan saya berada di hospital, tapi selepas dua minggu keluar hospital saya dah mula bekerja, di mana saya ikuti sesi 'photoshoot' di India. Insyallah 4 hari bulan ni saya ada 'second checkup' dan saya takut sangat. Harap-harap semuanya OK."

"Sebenarnya saya bukanlah orang yang selalu sakit, tapi ada satu hari tu saya tengah 'shooting' tiba-tiba terasa sakit sangat dibahagian pinggang dan saya terus dikejarkan ke hospital. Setelah beberapa hari berada di hospital barulah saya jalani pembedahan dan Alhamdulillah semuanya selamat. Tetapi di sini saya minta maaf sebab tak boleh sebut sakit apa."

"Disebabkan pembedahan tersebut saya terpaksa limitkan pergerakan dan babak aksi saya dalam drama 'Spy M,' tapi saya cuba juga lawan sakit ini," ujar Lala sambil tersenyum manis.

Mengulas lebih lanjut mengenai diri Lala, pasti ramai peminat tertanya-tanya bilakah gadis manis ini akan menamatkan zaman solonya dan adakah dia sudah mempunyai teman istimewa?

Lantas Lala menjawab, "Susah nak cari sebab tak ada yang betul-betul OK dan belum jumpa yang 'single' lagi. Memang la orang cakap jangan cerewet, tapi dalam bab-bab macam ini kita kena pilih juga."

"Kalau boleh memang saya nak elakkan berkahwin dengan suami orang sebab takut nanti orang 'kondem' dan tak elok untuk orang mengata pasal diri kita.  Lagipun saya tak kisah lelaki tersebut macam mana asalkan orangnya selesa untuk didekati."

"Sekarang ini saya tak mencari, tapi sedang menunggu. Lagipun saya memang suka keluarga yang besar dan suka budak-budak," ujar Lala sambil tergelak kecil.

No Love Cause <b>Wan Sharmila</b> Not Married Again | Eyulily.com

Posted: 30 Nov 2012 09:25 AM PST

center" class="story_image

PETALING JAYA: Actor Wan Sharmila said the failure to meetwith the right man to be a barrier to her remarriagedivorced after three years.
Owner's real name Wan Mohamed Wan Sharmila, 31, said, aspectshis personal life is insipid because he had not had a boyfrienduntil now.
"Private Lives (love affair) still bland as before. I still can not find a suitable man.
"I really wanted to build a family and have children of their ownbecause I love the children. I'm not sure how long shouldwait? "partner told Published Online .
The actress who originated from Johor Bahru, Johor, said thatwhen met at the launch of the latest drama acting titled Spy M at Sri Pentas, Bandar Utama here, Thursday evening.
Wan Sharmila and her husband, who is also the publisher and owner of the companyOne of Radius production Fazli Baharom a divorced divorce in courtSyariah High Johor Bahru on 23 October 2009 after threeyears of marriage.
center" class="story_image

Lala greeted friendly actor said, failure to meetnew man is not due to him being picky but it affectedbusy work time limit acquainted with many people.
"There are many who try to reach out but not as simple as that Ito forge relationships. Not because I'm picky but in findingmate we need a more compatible companion.
"I try to avoid as much as possible the bachelor married man but also manythat do not meet the criteria. I do not mind the age and status, as long asI feel comfortable with the guy, "luahnya.
About action comedy drama Spy M , Lala said he is unable to perform the action on stunt (stunt)  in the drama as a new intelligence completed thesurgery a few months ago from the disease who refuse to be disclosed.
center" class="story_image

"I took the role as the daughter of Milah SalsabilaSharifah Shahira acting. This is my second action drama after What Celop .
"Unfortunately, I was not allowed director Ramli Long forperform scenes as still recovering fromsurgery due to an illness of about three months ago.
"I do not get to act tough as it will quickly tired and energystill less. However, I go back on acting but not theHeavy-weight, "explained the currently shooting the drama series 20 episode entitled Pollen Lalang .
Drama Spy M , which also starring among Sharifah Shahira,Amyza Aznan, Jason Chong, Zalif Sidek and Ahmad Danial will be screenedstarting next December 3 every Monday at 9 pm, the slotAction on TV3.

Related posts:

  1. Caught love a married man
  2. Sharmila Wan deck effectiveness of the audience hated acting
  3. Learn to Cook Ana Dahlia Still Married After Three Months
  4. Reason Not Married Azminda Izreen Disappointed With Johan As'ari
  5. Raja Ema Make Resurgence In 'Bagong Love'

Tiada Kekasih Punca <b>Wan Sharmila</b> Tidak Berkahwin Semula <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2012 12:45 AM PST

Pelakon Wan Sharmila berkata kegagalan bertemu dengan lelaki yang sesuai menjadi penghalang untuk dia berkahwin semula selepas tiga tahun bercerai.

Pemilik nama sebenar Wan Sharmila Wan Mohamed, 31, berkata, aspek kehidupan peribadinya masih hambar kerana dia belum mempunyai kekasih sehingga kini.

"Kehidupan peribadi (hubungan cinta) masih hambar seperti dulu. Saya masih tidak jumpa lelaki yang sesuai.

"Saya memang hendak bina keluarga dan memiliki anak-anak sendiri kerana saya suka pada kanak-kanak. Saya tidak pasti sampai bila harus menunggu?" kongsinya ketika ditemui mStar Online.

Aktres yang berasal dari Johor Bahru, Johor itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Spy M di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, petang Khamis.

Wan Sharmila dan suaminya yang juga penerbit dan pemilik syarikat produksi Radius One iaitu Fazli Baharom bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, Johor pada 23 Oktober 2009 selepas tiga tahun berkahwin.

Pelakon yang mesra disapa Lala ini berkata, kegagalan bertemu dengan lelaki baru bukan disebabkan dia bersikap cerewet tetapi ia dipengaruhi kesibukan kerja yang membataskan waktunya berkenalan dengan ramai orang.

"Memang ada ramai yang cuba mendekati tetapi tidak semudah itu saya hendak menjalin hubungan. Bukan kerana saya cerewet cuma dalam mencari pasangan kita perlukan teman yang serasi dan sesuai.

"Sebolehnya saya elakkan suami orang tetapi yang bujang pula ramai yang tak menepati kriteria. Saya tidak kisah umur dan status, asalkan saya berasa selesa dengan lelaki itu," luahnya.

Mengenai drama komedi aksi Spy M, Lala berkata, dia tidak dapat melaksanakan aksi-aksi lagak ngeri (stunt) dalam dalam drama perisikan itu kerana baru selesai menjalani pembedahan beberapa bulan lalu akibat penyakit yang enggan didedahkan.

"Saya memegang peranan sebagai Salsabila iaitu anak kepada Milah lakonan Sharifah Shahira. Ini adalah drama aksi kedua saya selepas Apa Celop.

"Sayangnya, saya tidak dibenarkan pengarahnya Ramli Long untuk melakukan babak aksi kerana masih dalam proses pemulihan daripada pembedahan akibat satu penyakit kira-kira tiga bulan lalu.

"Saya tidak boleh berlakon lasak kerana akan cepat penat dan tenaga masih kurang. Namun, saya kembali aktif berlakon cuma tidak boleh yang berat-berat," terangnya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri 20 episod berjudul Debunga Lalang.

Drama Spy M yang turut dibintangi antaranya Sharifah Shahira, Amyza Aznan, Jason Chong, Zalif Sidek dan Ahmad Danial akan ditayangkan bermula 3 Disember depan pada setiap Isnin pukul 9 malam, dalam slot Aksi di TV3.

- mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan