Nuffnang

Rabu, 5 Disember 2012

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


<b>Amyza Aznan</b> Akui Pernah Berangan Jadi Angelina Jolie

Posted: 04 Dec 2012 05:40 PM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto ihsan Instagram Amyza Aznan

KUALA LUMPUR, 5 DIS 2012: Orang kata kadangkala angan-angan boleh bertukar menjadi impian dan ia pasti akan tertunai jika kita percaya dan berusaha mendapatkannya. Ini antara pengalaman yang dirasai sendiri oleh pelakon Amyza Aznan yang tidak pernah jemu-jemu mendambakan diri pada dunia lakonan semenjak 15 tahun lalu.

Aktres yang memang dikenali dengan gelagatnya yang bersahaja dan sudah melakonkan pelbagai jenis watak ini bakal muncul dalam drama bersiri aksi berjudul SPY M dan menariknya, dia bakal membawakan watak ala Angelina Jolie di dalam filem Lara Croft.

Menurut Amyza, tidak pernah terbayang dirinya melakonkan watak aksi ala Angelina Jolie, biarpun sebelum ini dia pernah berangan untuk membawakan watak sebagai Lara Croft itu.

"Apa yang saya nak cerita ini bukan sebab kerana berlakon di dalam SPY M tapi kerana ia memang kisah benar. Dulu masa saya tengok Angelina Jolie jadi Lara Croft, terdetik d ihati bilalah dapat peluang bawa watak macam tu. Tapi saya sedar siapalah Amyza Aznan, jadi angan-angan itu berlalu begitu sahaja.

"Ye lah, siapa nak ambil saya jadi heroin untuk bawa watak macam tu. Tapi dah di usia macam sekarang, baru ada orang tawarkan bawak watak perisik dan lasak dalam SPY M. Ini kali pertama saya membawakan peranan sebagai perisik.

"Memang best sangat dan belum pernah lagi rasa pengalaman berlakon seperti yang saya lakukan di dalam SPY M. Kena buat fighting, stunt dan pelbagai perkara yang lasak, iasesuatu yang baru.

"Penat memang terasa tetapi disebabkan rasa seronok dan pengalaman yang saya dapat pulak sangat baru, jadi saya rasa tak rugi saya terima tawaran ini,"cerita Amyza yang puas walaupun penat beraksi sebagai Madam J dalam SPY M.

Bagi Amyza, walaupun dia tahu dimana kedudukannya dalam industri namun dia tetap meneruskan kerja yang sudah 15 tahun dilakukannya.Rezekinya dalam dunia lakonan tidak pernah putus dan bersyukur kerana tetap mempunyai penyokongnya sendiri.

Aktres berusia 37 tahun ini juga percaya dengan teknologi dan saluran media seperti Twitter, Facebook dan Instagram boleh mendekatkan diri dengan peminat. Ini juga langkah baginya untuk terus diingati walaupun terpaksa bersaing dengan populariti daripada artis-artis baru.

"Kalau mula-mula berlakon dahulu, semua tawaran yang boleh saya buat saya tidak menolak. Tetapi sekarang dah 15 tahun berlakon, saya pilih watak untuk kepuasan sendiri. Alhamdulillah produser dan pengarah yang selesa bekerja dengan saya, mereka masih percaya dengan kebolehan saya.

"Belum pernah lagi terputus rezeki, syukur kepada Allah. Saya pun tidak ketinggalan mendekatkan diri dengan peminat dan masyarakat melalui media sosial macam Facebook, Twitter dan Instagram.

"Ini salah satu cara saya berinteraksi dengan peminat dan membuatkan mereka terus mengingati Amyza Aznan. Bukan apa, kadangkala perhatian sudah semestinya diberikan pada mereka yang baru. Itu adalah perkara biasa.

"Jadi saya ambil pendekatan dan kemudahan yang ada untuk berkongsi aktiviti serta perkembangan terkini dengan peminat yang mengikuti,"ujarnya yang terkenal dengan watak-watak komedi serta telatahnya yang bersahaja.

SPY M akan menemui penonton slot Aksi di TV3 bermula 3 Disember lalu pada jam 9 malam. Selain daripada Amyza Aznan, SPY M turut dilakonkan oleh Wan Sharmila, Zalif Sidek, Sharifah Shahira, Aedy Ashraff, Jason Chong dan ramai lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan