Nuffnang

Selasa, 11 Disember 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Tak Halang Diana Danielle Berlakon | OHBULAN!

Posted: 04 Nov 2012 10:05 PM PST


Pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil bin Dato' Dr. Zahari, 31 akui sejak dari awal perkenalan dia sudah jatuh hati dan berhasrat untuk meyunting Diana Daniella sebagai suri dalam hidupnya.

"Sebenarnya memang dari awal perkenalan saya sudah terdetik untuk menyunting Diana menjadi isteri saya. Tapi disebabkan ketika itu usianya yang masih muda, jadi kami diberikan masa untuk bercinta dulu."

"Saya rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana setelah 3 tahun berkawan, akhirnya dengan majlis yang meriah ini kami sah bergelar suami isteri. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama ahli keluarga dan pihak media."

Memandangkan kini Diana Danielle sudah bergelar isteri kepada Farid, jadi timbul juga persoalan adakah selepas ini jejaka tersebut akan mengongkong Diana dan meletakkan sebarang syarat kepada pelakon jelita ini?

Lantas Farid menjawab, "Saya tak letak apa-apa syarat untuk Diana dan tak halang untuk dia terus berlakon. Apa yang penting adalah dia pandai jaga diri dan jaga saya dengan baik."

"Kalau boleh nak dia tambahkan ilmu pengetahuan dalam soal agama dan berharap dia boleh menjadi seorang ibu mithali," ujar Farid sambil tersenyum dan memandang isteri tercinta.

Dalam pada itu pelakon dan pengarah muda ini turut menjelaskan mengapa dia dan Diana memilih untuk tidak mendedahkan hubungan mereka kepada umum sepanjang tempoh tiga tahun perkenalan.

"Sebenarnya sepanjang proses perkenalan, kami memang dah memilih untuk tidak mewar-warkan mengenai hubungan kami kepada umum sebab nak simpan detik-detik yang bermakna. Macam sekarang, saya dapat duduk rapat-rapat dengan dia dan ini adalah sangat bermakna buat saya."

Mengulas lebih lanjut mengenai perwatakan Diana, Farid akui dia amat meminati sifat matang yang dimiliki oleh gadis cantik ini.

"Saya tertarik dengan Diana sebab selama ni saya memang tak pernah ada kawan 'mat salih.' Jadi bila berkawan dengan dia saya dapat lihat sesuatu yang berbeza."

"Walaupun ketika mula berkawan usia dia masih lagi muda tetapi Diana seorang yang berfikiran matang dan saya nampak keinginan dia untuk terus belajar," komen Farid mengenai perwatakan isterinya.

892: <b>FARID KAMIL</b> PERLEKEH ISTIADAT KETENTERAAN - Hazrey

Posted: 05 Dec 2012 04:40 AM PST



Selamat Pengantin Baru Farid Kamil.
Semoga gerbang perkahwinan sampai ke akhir hayat. Insyaallah.
Apa yang aku akan tulis ni, nak bagi sikit persoalan untuk Farid Kamil supaya menjadi iktibar kepada orang lain supaya tidak memperlekehkan pakaian istiadat badan beruniform yang menjadi salah satu pride badan terbabit.
Apatah lagi, antara pembaca blog ini terdiri dari sahabat sahabat di PDRM dan juga pegawai pegawai tentera di Pulada, Kota Tinggi. Ya, mereka sempat tegur aku Ramadan lalu. Harap puan puan sekelian sihat seadanya. Nanti jemput saya lagi ya untuk makan-makan. 
1. Sword bearer adalah dari Polis Diraja Malaysia.
Apakah kelayakan Farid Kamil untuk mendapat sword bearer. Mengikut tatacara PDRM, hanya Inspektor ke atas sahaja layak untuk melalui sword barrel ni. 
Sebelum aku tulis lebih lanjut mengenai pakaian Farid Kamil yang memperlekehkan angkatan tentera kita, kita baca dulu ayat berikut:
"Ini adalah dokumen mengenai Uniform Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana yang diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke 390 pada 19 September 2000. Mana-mana orang selain daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang memakai apa-apa uniform sebagaimana yang diperihalkan dalam dokumen ini adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 140 dan 170 kanun keseksaan (Akta 574)." 
Mungkin aku ketinggalan, tetapi sejak bila Farid Kamil menyertai Angkatan Tentera? Tak pulak aku baca di mana-mana. Cuba jugak mencari tapi tak jumpa. Mungkin dia bertugas sebagai perisik ala ala James Bond? 
Apapun, Seksyen 140 Kanun Keseksaan disebut sebagaimana berikut:
Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian
atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
Mungkin Farid Kamil tidak berniat begitu. Mungkin ada penulis yang tak begitu berilmu menulis seperti berikut memperlihatkan kebodohan, betapa tak berilmunya tapi mahu menulis sekaligus, aku melihat ia tak lain dari melacurkan dunia penulisan:
"Nampaknya uniform PDRM yang dipakai oleh Farid Kamil ketika majlis resepsinya menjadi isu hangat di kalangan pembaca BeautifulNara. Bagi Abang Nara biarlah dia nak pakai apa-apa jenis uniform pun. Majlis kahwin dia, duit dia, suka hati dialah nak buat macam mana." Petikan dari Beautifulnara.com
Komen aku: Sampah. Belajarlah dulu sebelum menulis. Jangan memandai buat peraturan sendiri.
Baju yang dipakai oleh Farid Kamil bukan PDRM.Ia menyerupai pakaian No 1 Angkatan Tentera Malaysia dan seluar pula messkit (pakaian No 6) tentera.
2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)
Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain
barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau mana mana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana
pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apa apa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.
Faham? Sebab itu tak bolehlah suka-suka untuk mengenakan pakaian yang kita tak layak. 

3. Peak cap (topi) yang dipakai Farid Kamil mempunyai satu badge yang dipakai oleh pegawai wanita Tentera Laut Diraja Malaysia.  (terima kasih @mmuurrllyy )





4. Manakala foto di atas ialah wing medium atau dikenali sebagai Aviator Badge. Ia juga dikenali sebagai Pilot's Badge atau Pilot Wings. Ia satu insignia digunakan sebagai pengiktirafan kepada anggota tentera yang sudah menerima latihan dan KELAYAKAN dalam military aviation.

Begitu juga untuk juruterbang pesawat komersil, mereka juga ditauliahkan wing badge.
4. Sayap yang dipakai Farid adalah khusus untuk paratroopers, insignia bagi penerjunan udara (payung terjun). Lazimnya memerlukan latihan dan disiplin ketat bagi menyertai 'airbone operations.' Lihat di sini.
Info dari YB @KhairyKJ terima kasih YB. 

@KhairyKJ: @speedrider @hazrey Informatif. Cuma sayap tu bukan sayap aviator/pilot sepertimana dlm blog. Sayap tu sayap paratrooper (payung terjun).
Dan petang tadi aku sempat berborak dengan pegawai di Kementerian Pertahanan dan khabarnya penggunaan uniform ini sudah dimaklumkan kepada pegawai atasan dan dijangka satu kenyataan akan dikeluarkan.
Sebagai tambahan, kita semua tahu Datuk Lee Chong Wei ditauliah Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan ketika melangsungkan perkahwinan beliau, turut memohon untuk upacara sword barrel tetapi ditolak.

Kita lihat perkara seumpama ini tidak boleh dipandang remeh kerana lambat laun, 'pride' angkatan tentera mudah diperlekeh disebabkan kita tidak mahu bertanya dan sekadar mahu syok sendiri.

Jika anda mempunyai maklumat tambahan tentang uniform ini, sila tulis di ruang komen.

Dan oh, jika justifikasi Farid kerana give and take serta sijil penghargaan dari Ketua Polis Negara, saya harus katakan, saya malu. Saya sangat malu dan pastinya rakan rakan di PDRM dan ATM bertambah tambah malu dan hilang 'pride'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan