Nuffnang

Jumaat, 21 Disember 2012

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Terbitkan Novel Berunsurkan Islam - Gua.com.my

Posted: 04 Dec 2012 06:03 PM PST

"Buat masa sekarang saya sedang fokus untuk menerbitkan sebuah novel yang berunsurkan keIslaman. Judulnya diberi nama 'Road to Darussalam' dan setakat ini 15% telah disiapkan dan bakal dilancarkan pada tahun hadapan," ujar Pierre Andre ketika ditemui semasa tayangan perdana 'Strawberi Cinta' baru-baru ini.

Beliau yang merupakan seorang pelakon dan pengarah filem merasa terpanggil untuk menerbitkan sebuah novel berunsurkan keIslaman kerana baginya itu adalah dakwah dan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beragama Islam. Beliau juga begitu teruja semasa menghasilkan novel tersebut yang merupakan sebuah novel motivasi bercirikan Islamik.

                

"Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tetapi kerana faktor kerjaya, hasrat saya itu terbantut seketika. Dan sekarang saya sudah mula menulis balik dan bagi saya menulis ini merupakan satu kepuasan di mana saya boleh luah apa yang ingin saya luahkan kerana dalam filem tidak semua saya boleh terjemahkan ke dalam naskhah filem atas faktor-faktor tertentu. Apabila saya membaca kitab tafsir Al-Quran saya menganggapnya sebagai sebuah buku dan ianya amat menarik untuk dibaca dan diteliti."

Ditanya kemungkinan beliau akan berhenti berlakon, ini komennya: "Saya tidak akan berhenti berlakon dan akan terus berlakon dan menyampaikan saluran dakwah saya melalui karya lakonan. Tetapi filem-filem yang akan saya lakonkan selepas ini mestilah ada hadnya kerana saya lakukannya untuk berdakwah."

                 

Selain itu, beliau juga akan mengehadkan babak-babak dalam lakonan seperti berpegangan tangan bersama pelakon wanita dan sebagainya. Pierre berkata cabarannya selepas berhijrah adalah 'mulut orang' dan baginya dia tidak kisah apa yang ingin orang perkatakan kerana baginya, dia lebih mengenali dirinya.

Menyentuh tentang isu perkahwinan, Pierre juga ingin menamatkan zaman bujang tetapi menurutnya, masih terlalu awal baginya untuk memperkatakan tentang bakal isteri. 

<b>Pierre Andre</b> Ikuti Kelas Tabligh - PjO putrajaya-online

Posted: 04 Dec 2012 08:00 PM PST


AKTOR dan juga pengarah, Pierre Andre memberitahu dia akan berehat seketika dari industri seni bagi menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja penulisan novel pertamanya yang diberi judul "Perjalanan Ke Darul Salam".

"Sekarang ini saya mahu berehat dahulu dari industri seni, kerana saya mahu siapkan novel pertama saya berjudul Perjalanan Ke Darul Salam.

"Novel ini mengisahkan tentang penghijrahan seorang lelaki yang hidupnya kosong dan sedang mencari jati dirinya," ujar Pierre ketika ditemui selepas majlis tayangan media filem "Strawberi Cinta" di TGV Sunway Pyramid, Subang semalam.

Ditanya adakah novel itu adalah kisah sebenar yang berlaku kepada dirinya, Pierre menafikan novelnya itu adalah mengenai dirinya.

Menurut aktor berusia 27 tahun ini, dia memberitahu bahawa dia kini bergerak aktif dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah lama dalam industri filem. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya kosong.

"Jadi sekarang ini saya dekatkan diri dengan Allah kerana mahu mencari keredhaan daripadaNya."

Ditanya adakah selepas ini dia tidak mahu terlibat dalam kerja-kerja seni, Pierre berkata dia akan tetap terus berkarya dengan berdakwah dalam bidang filem.

"Saya banyak belajar dakwah di sana dan saya dapati banyak tujuan dan haluan yang sebenar sudah lari jadi apabila saya belajar sesuatu yang baru, mungkin saya boleh bawa ke dalam bidang hiburan ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan