Nuffnang

Jumaat, 11 Januari 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Akui Tolak Sesi Bergambar Tidak Berbaju - Gua.com.my

Posted: 10 Jan 2013 10:55 AM PST

Kegembiraan jelas terpancar di wajah aktor tampan, Adi Putra ketika membicarakan perihal sinar baru yang banyak menggubah hidupnya dan isteri. Tambahan pula kehadiran cahaya mata yang diberi nama Zara Adelia itu sudah lama dinantikan oleh mereka.

"Sukar diungkapkan bagaimana terujanya saya dengan kehadiran anak saya itu dan saya mampu menggambarkan keseronokan tersebut sebagai tidak dapat dibeli. Zara Adelia memberikan saya inspirasi dan kekuatan dari pelbagai segi," kata Adi Putra ketika ditemui di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3.

Justeru, Adi Putra menganggap yang kehadiran anaknya itu memberikan rezeki serta semangat buat dirinya yang baru saja menubuhkan syarikat sendiri iaitu Nur ADP. Sebuah filem yang diadaptasikan dari sebuah novel 'Suami Aku Ustaz' yang masih dalam perancangan bakal menjadi buah tangan sulung syarikatnya.

                               

Tidak menafikan kenyataan yang mengatakan aktor kelahiran Singapura itu kini menolak untuk sesi bergambar tidak berbaju. Dia berpendapat bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah kerana perlu menjadi ikon yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.

"Namun photoshoot adalah berbeza dengan lakonan kerana lakonan merupakan kerjaya saya dalam bentuk visual. Jika kehendak watak yang menuntut saya untuk membuka baju, jadi sebagai pelakon saya perlu menunaikannya," kata Adi Putra.

Bersyukur dan berterima kasih dengan para peminat yang tidak jemu menyokongnya dari belakang, Adi Putra menganggap yang Anugerah Bintang Popular bukan lesen untuk menghangatkan kelab peminat. Dia merasakan yang peminat bertindak sebagai tulang belakang turun naiknya kerjaya seseorang artis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan