Nuffnang

Rabu, 23 Januari 2013

Azlan & The Typewriter - Google Blog Search

Azlan & The Typewriter - Google Blog Search


AJL 27: Idola - <b>Azlan & The Typewriter</b> | Aku rasa.....

Posted: 05 Jan 2013 04:29 AM PST

Siri review AJL 27 diteruskan lagi dengan lagu Idola, hasil ciptaan Audi Mok dan liriknya telah ditulis oleh penyanyi lagu ini sendiri iaitu saudara Azlan. Lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan Azlan & The Typewriter ini, telah digunakan sebagai OST kepada filem Hoore Hoore. Oleh sebab itu, liriknya ditujukan khas buat Allahyarham Sudirman yang merupakan seorang penghibur terhebat merangkap "Idola" dalam industri muzik tanahair.
Seperti mana-mana lagu rock ciptaan Audi Mok, susunan kord Idola tidak tertakluk kepada kelaziman dan ini yang menyebabkan keseluruhan susunan muziknya kedengaran lebih bebas. Berbekalkan kord-kord dari root notes yang sama pada bahagian verse dan korus, susunannya tiba-tiba bertukar dinamik sewaktu bridge. Memang sesebuah lagu berirama rock itu sepatutnya begini, iaitu penuh dengan kejutan.

Rakaman dan adunan bunyinya pula, memang sesuai benar dengan jiwa aku. Bunyi grand piano dengan teknik forte di awal lagu, telah dirakam dan digilap dengan baik sehingga kedengaran begitu lunak sekali. Begitu juga dengan bunyi-bunyian instrumen lain di pertengahan lagu yang telah dikompres dengan sedikit "saturation" menjadikan "Idola" kedengaran begitu terkini, selari dengan perkembangan teknologi rakaman.
Di malam AJL 27 nanti, sudah pastinya susunan muzik lagu ini akan berubah. Berdasarkan corak persembahan Azlan & The Typewriter pada peringkat separuh akhir yang lalu, aku tidak yakin boleh mendengar sesuatu yang lebih baik dari rakamannya. Ditambah pula masalah penarikan diri kumpulan koir seperti yang diperkatakan dalam rancangan Debaran AJL petang tadi, peluang untuk lagu ini meraih kejuaraan dilihat amat tipis sekali...
Tetapi siapa tahu...? Mungkin Azlan & The Typewriter mampu membuat kejutan nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan