Nuffnang

Ahad, 27 Januari 2013

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


Tak Terfikir Nak Jadi Pengarah – <b>Faizal Hussein</b> | MyNewsHub

Posted: 27 Jan 2013 12:41 AM PST


KUALA LUMPUR -  Pelakon berpengalaman, Faizal Hussein yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan lebih 30 tahun akui yang dia tidak terfikir untuk jadi pengarah atau produser buat masa ini.

Walaupun kini sudah seakan-akan menjadi trend selepas beberapa tahun pelakon itu berlakon, mereka akan berjinak dengan dunia pengarahan, namun ia tidak bagi Faizal.

"Saya sedang 'enjoy' dalam bidang lakonan. Oleh itu, saya tak pernah terfikir nak jadi produser atau pengarah.

"Saya masih menimba ilmu bekerja dengan kelompok-kelompok yang saya tak pernah bekerjasama sebelum ini," katanya yang dipetik dari Sinar Harian, di sini, hari ini.

Sementara itu, selepas perkahwinannya dengan Suhaila pada tahun 2004 lalu, ramai yang beranggapan Faizal 'hilang' dari industri seni seketika, namun Faizal menafikan perkara tersebut.

"Sebenarnya saya bukan menghilang daripada industri… cuma saya menghilangkan diri daripada rancangan 'prime time'.

"Sebelum itu, saya dominan di TV3, jadi apabila saya berehat dan hanya buat untuk saluran lain, orang kata saya menghilang. Saya masih berkarya… masih berlakon," katanya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan