Nuffnang

Ahad, 13 Januari 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


UMNO Online - Sheila Majid, Zainal Abidin, <b>Jamal Abdillah</b> Bakal <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2013 02:59 AM PST

Kategori Berita Pilihan

Sheila Majid, Zainal Abidin, Jamal Abdillah Bakal Meriahkan Malam Media UMNO Sabtu Ini

Oleh : Azman Abas

KUALA LUMPUR 11 Jan – Artis terkenal tanah air Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Jamal Abdillah serta beberapa artis lain bakal memeriahkan Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung di PWTC di sini Sabtu malam.

Program tersebut yang akan dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Abon  adalah program kali ketiga diadakan bagi meraikan dan menghargai sokongan petugas media serta agensi-agensi berkaitan dalam menjayakan Perhimpunan Agumg UMNO 2012 lalu.

Dengan tema 1Malaysia Sehati Sejiwa, program tersebut bakal dihadiri oleh seluruh pengamal media termasuk agensi-agensi lain seperti pasukan keselamatan, perubatan dan pelbagai lagi.

Malam Penghargaan Media tersebut merupakan acara khusus untuk para pengamal media serta pelbagai pihak lain yang terlibat menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu selain merapatkan lagi hubungan antara UMNO dan media.

Beberapa anugerah akan diberikan kepada pengamal media seperti laporan berita terbaik, rencana terbaik, anugerah foto terbaik, penulis blog terbaik, berita video terbaik serta pelbagai anugerah lain.

Turut diadakan acara cabutan bertuah serta pengumuman pemenang Media Hunt UMNO 2012 yang diadakan minggu lalu yang disertai 400 peserta daripada pelbagai agensi dan pengamal media.

Para peserta yang menaiki 100 kenderaan itu dilepaskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di Dataran Putra Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum menghadapi cabaran berbentuk 'Explorace' ke Melaka selama dua hari.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pimpinan UMNO lain turut hadir bersama bagi menghargai peranan serta sumbangan pengamal media. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 11 January 2013 6:59 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan