Nuffnang

Khamis, 17 Januari 2013

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Meet Uncle Hussain</b> - Google <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 01:16 AM PST


Konsert Blackberry Music Mania Buka Tirai 2013 - Gua.com.my

Posted: 02 Jan 2013 01:33 AM PST

Konsert Blackberry Music Mania yang berlangsung pada Isnin di Stadium Malawati Shah Alam membuka tirai 2013 dengan mengimbau kembali nostalgia zaman kegemilangan Sheila On 7.

Memulakan persembahan lebih kurang jam 12.20 tengah malam, kumpulan yang diterbangkan dari seberang ini dilihat masih menyengat dan berjaya memukau penonton walaupun sudah 17 tahun berada dalam persada seni.

      

Agak terkilan kerana persembahan mereka sedikit terganggu dengan masalah teknikal yang berpunca daripada gitar mereka sendiri. Namun, berpengalaman dalam mengawal penonton yang begitu teruja, Duta menyanyikan lagu "Beautiful" yang dipopularkan oleh Christina Aguilera secara akustik.

Lagu-lagu seperti "Bila Kau Tak Disampingku", "Dan", "Seberapa Pantas", "Melompat Lebih Tinggi" dan "Kisah Klasik Untuk Masa Depan" berjaya menarik para penonton untuk turut sama menyanyi bersama Duta. Lagu "Bait Pertama" yang cuba diketengahkan oleh kumpulan Sheila On 7 juga mampu menyentuh emosi mereka yang kecewa dan kesedihan.

                         

Konsert ini diakhiri dengan lagu "Berhenti Berharap" yang begitu sinonim dengan kumpulan ini. Noh Hujan yang turut menyaksikan persembahan Sheila On 7 turut melahirkan rasa teruja dengan tweetnya yang berbunyi "SHEILA ON 7!! gila lahhh.... hero dari zaman sekolah.idola saya."

Kumpulan Hujan yang turut berkongsi pentas dengan Sheila On 7 mencuri perhatian penonton dengan gimik mereka memakai kostum kartun. Berkejar dari sebuah konsert yang bertempat di Putrajaya, mereka dilihat begitu bertenaga mengegarkan pentas setelah dipertanggungjawabkan untuk mengira detik menyambut tahun baru bersama para peminat.

        

"Amoi Cantik", "Dugaannya", "Empayarmu", "Mencari Konklusi" dan "Aku Skandal" adalah antara lagu-lagu yang dipilih oleh kumpulan Hujan. Tidak dinafikan pemilihan lagu memainkan peranan penting dalam sesebuah konsert. Noh yang begitu teruja dengan semangat yang diberikan oleh para peminat turun padang dan turut beberapa kali 'crowd surfing' bersama mereka.

Sixth Sense yang membuat persembahan sebelum Hujan turut mencuri perhatian kerana beraksi dengan begitu bertenaga sekali. Antara lagu yang dipertaruhkan oleh mereka semalam adalah "Cinta Matiku", "Menyesal", "Warisan", "Penerang Hati" dan "Khatimah Cinta".

                          

Selain itu, Meet Uncle Hussein mengenengahkan vokalis terbaru mereka, Shah yang dikenali melalui program realiti Akademi Fantasia. Lagu- lagu yang popular mereka seperti "Lagu Untukmu", "La La La Kerjalah", "Drama King" dan "Pari-Pari Dibawah Angin" juga berjaya menghiburkan penonton.

Konsert yang bermula seawal jam 8 malam itu membariskan kumpulan seperti Bunkface, Go Gerila, Kartel, Kyoto Protocol, Oh Chentaku, Sofazr dan Amir Jahari. Namun barisan artis terbahagi kepada dua sesi iaitu petang dan malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan