Nuffnang

Sabtu, 2 Februari 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Nafi Hutang Keliling Pinggang - Gua.com.my

Posted: 26 Nov 2012 08:23 PM PST

Isu berbelanja melebihi kemampuan bukanlah perkara baru dalam dunia hiburan tempatan.  Ramai artis atau selebriti yang dikaitkan dengan perkara ini. Salah seorang daripadanya ialah bintang Nur Kasih The Movie, Fizz Fairuz. Pelakon ini dikatakan suka bermewah-mewah sedangkan pendapatannya tidak setanding dengan perbelanjaannya itu.

Terbaru, GUA mendapat tahu restoran yang diusahakannya bersama keluarga di Bentong, Pahang terpaksa ditutup gara-gara tidak mampu membayar hutang yang semakin tinggi.

Kesempatan bertemu dengan Fizz di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) baru-baru ini memberi kesempatan untuk GUA mendapatkan penjelasan lelaki ini. Dengan tegas, Fizz menafikan desas-desus yang boleh menjejaskan reputasinya itu.  Jelas calon awal ABPBH 2012 ini, dia tidak pernah meminjam wang dengan mana-mana individu. Sebaliknya hanya membuat pinjaman dengan pihak bank untuk pembelian kereta dan rumah.

"Saya tidak pernah pinjam duit dengan orang. Saya hanya pinjam duit dengan bank. Itupun untuk pembelian kereta dan rumah saya. Macamana pula orang boleh kata saya pinjam duit sana-sini. Memang benar restoran di Bentong itu sudah tutup sejak sembilan bulan yang lalu, tetapi bukan sebab saya tidak mampu membayar hutang seperti yang didakwa.

Sebaliknya, saya menghadapi masalah dengan pengurusan restoran itu. Untuk pengetahuan semua, restoran itu adalah sebuah perniagaan yang diusahakan oleh keluarga saya dan juga beberapa ahli keluarga lain. Apabila timbul masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik, saya buat keputusan untuk tutup sahaja operasinya. Bukan sebab hutang keliling pinggang. Restoran itu sangat maju kerana pelanggan sentiasa ramai. Cuma operasinya terpaksa dihentikan atas sebab-sebab tertentu," ujar Fizz panjang lebar.

Dalam perkembangan lain, Fizz juga ditanya tentang status hubungannya dengan Almy Nadia. Jelas Fizz, dia masih berhubungan dengan Almy dan hubungan mereka baik-baik sahaja. Namun, Fizz enggan mengulas lanjut tentang perkahwinan.

"Saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Belum sampai 'seru' agaknya. Bagaimanapun, hubungan saya dengan Almy baik-baik sahaja. Sama seperti dahulu. Kalau ada jodoh di antara kami, pasti kami akan berkahwin juga," ujar Fizz yang tercalon untuk percalonan awal ABPBH 2012 untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan