Nuffnang

Sabtu, 9 Februari 2013

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


Gitaris <b>kumpulan Hujan</b>, Ag Coco enggan disamakan atau dianggap <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2012 06:22 PM PST

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

PETALING JAYA: Gitaris kumpulan Hujan, Ag Coco enggan disamakan atau dianggap bakal menggantikan kejayaan pemain gitar Man Kidal seperti yang dilabel oleh sesetengah pihak.

Ag atau nama sebenarnya Hedzry Hafiz berkata, dia percaya setiap pemuzik mempunyai cara dan gaya tersendiri dalam memainkan sesebuah lagu tanpa perlu disamakan dengan orang lain.

"Kalau boleh saya ingin mengubah persepsi masyarakat kita dengan tidak melabelkan sesiapa pun sebagai pengganti sesiapa.

"Apabila dicontohkan dengan Man Kidal, itu tak boleh. Dia datang dengan caranya yang tersendiri dan begitu juga dengan pemuzik lain.

"Saya tak mungkin dapat menggantikan sesiapa kerana saya datang dengan pakej saya sendiri, InsyaAllah," katanya.

Tambah Ag yang sudah lebih 10 tahun berada di bidang seni muzik, dia juga tidak pernah merasakan dirinya popular sejak dikenali menerusi Hujan pada tahun 2006.

"Saya tak minta diri untuk popular, cukuplah menjadi salah seorang yang mampu bersama seangkatan pemuzik-pemuzik tempatan kita yang bersatu untuk mengangkat martabat pemuzik kita.

"Cuma apa yang diharapkan ialah agar pemuzik serta pengkarya tempatan kita dihargai, itu sudah cukup," tuturnya.

Diusik pula mengenai khabar angin yang sering mengaitkannya dengan beberapa artis wanita popular yang antaranya seperti Adira, Sara Ali dan Sharifah Amani, Ag berkata, ia adalah sebahagian lumrah serta asam garam dunia hiburan yang perlu dihadapinya secara positif walaupun ada khabar angin yang tidak benar.

"Sebenarnya saya menerbitkan lagu untuk beberapa artis wanita dan kami juga bekerjasama dalam membuat persembahan pentas dan kami profesional.

"Biasalah apabila nampak saya dengan mana-mana artis wanita lain, mulalah orang bercerita. Sedangkan saya seorang yang selalu sibuk bekerja di studio, tidak masa untuk perkara lain pun," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ag kini sedang sibuk menerbitkan 'single' lagu terbaru penyanyi Tomok serta pendatang baru, Tasha Manshahar, Yuna, Fauziah Gambus dan kumpulan Coco.

Selain itu Hujan juga sedang membuat persiapan untuk membuat konsert jelajah di seluruh Malaysia serta beberapa negara Asia bermula Januari tahun depan selama dua bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan