Nuffnang

Jumaat, 1 Februari 2013

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


Jadual <b>Maya Karin</b> Padat — Teater Ombak Rindu Tangguh Selepas <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 04:49 PM PST

Ya, anda membaca perkataan Aidilfitri di bulan Januari 2013 — kami memang pantas sebegitu tetapi bukan kami mahu bercerita tentang sambutan hari raya dalam entri ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata kepada Sinar Harian hari ini bahawa teater Ombak Rindu terpaksa di'tunda selepas Aidilfitri nanti.

Teater Ombak Rindu yang bakal di'arahkan Erma Fatima itu sepatutnya memulakan pementasan pada Februari 2013 namun terpaksa di'tangguh kerana jadual salah seorang teraju utamanya penuh.

"Seharusnya, ia menemui khalayak pada bulan Februari ini, tetapi jadual Maya Karin menyebabkan perkara itu tidak dapat dilangsungkan pada bulan depan," ujar beliau yang lebih di'kenali dengan nama Abang Jo.

Teater Ombak Rindu akan menampilkan pelakon asal versi filem novel hits ini iaitu Aaron Aziz, Maya Karin, Bront Palarae dan Lisa Surihani untuk mengekalkan keaslian cerita ini di'pentas Istana Budaya.

Abang Jo menambah yang semua persiapan kreatif berjalan lancar ketika ini & penangguhan ini memberikan lebih masa kepada pengarah Erma Fatima untuk membuat persiapan lebih rapi untuk menjadikan Ombak Rindu menjadi theatre of the year.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan