Nuffnang

Selasa, 12 Februari 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Tak Mahu Komen Isu Anak Derhaka | OHBULAN!

Posted: 04 Dec 2012 07:44 PM PST

Kecoh pagi ini apabila sebuah akhbar tabloid tempatan menyiarkan artikel mengenai penyanyi remaja, Najwa Latif yang dituduh bapanya sebagai anak derhaka.

Dalam artikel tersebut, bapa Najwa iaitu Abdul Latif turut meluahkan rasa kesal terhadap anak-anaknya dan turut menuntut agar Najwa tampil memohon maaf. Menurut Abdul Latif lagi, dia menafikan bahawa tuduhan anak-anaknya mengatakan hubungan mereka keruh kerana masalah keluarga namun ia sebenarnya disebabkan disiplin anak-anaknya sendiri.

OHBULAN! cuba menghubungi Najwa Latif sendiri untuk mengesahkan berita ini, namun penyanyi yang baru menghabiskan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) ini tidak menjawab panggilan telefon yang diberikan

Melalui akaun Twitter-nya pula, Najwa dilihat menulis status mengatakan, "Berdiam diri tidak semestinya kita takut kerana salah. Tapi lebih baik berdiam dari mengaibkan org lain :)."

Menerusi ruangan Hip di Berita Harian pula, Najwa turut mengambil langkah berdiam diri kerana tidak mahu memperbesarkan hal keluarganya.

"Saya tidak mahu memberikan sebarang komen kerana perkara ini membabitkan keluarga. Banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri." – Najwa Latif.

Apa pun, jika benar apa yang dikatakan oleh bapanya, sebagai anak, tidak salah untuk memohon maaf. Kan?

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan