Nuffnang

Ahad, 3 Februari 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Nora Danish</b> Nafi Cinta Qi Razali - Gua.com.my

Posted: 30 Jan 2013 07:30 PM PST

"Tak salah bergambar dengan Qi memandangkan dia pun 'single'". Begitulah luahan pelakon jelita Nora Danish yang kini dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan bekas kekasih Yunalis Zarai, Qi Razali setelah gambar keakraban mereka berdua dimuat naik menerusi akaun Instagram Nora.

Tegas Nora, tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin antara dia dan Qi. Sebaliknya mereka hanya bertemu di lokasi penggambaran filem 'Bencinta'.

"Kelakarlah apabila orang nak kaitkan saya dengan Qi kerana saya hanya jumpa dia di lokasi penggambaran. Apabila selesai kerja, masing-masing buat hal sendiri. Jadi, bagaimana boleh timbul gosip yang saya sedang bercinta dengan Qi," tambah Nora.

Menurut Nora lagi, dia memang gemar bergambar bersama pelakon lain yang sedang bekerjasama dengannya untuk sesebuah filem. Tapi apabila ditanya kenapa tidak bergambar dengan Farid Kamil yang beraksi sebagai suaminya dalam filem tersebut, Nora memberitahu adalah lebih baik dia bersikap berjaga-jaga kerana bimbang timbul gosip liar.

"Tiada masalah pun kalau saya ingin bergambar dengan Farid. Tapi dia kan sudah berkahwin. Walaupun saya tahu Diana Danielle akan bersikap terbuka tapi lebih baik saya elakkan. Takut timbul pula gosip lain yang tidak elok untuk semua pihak," kata Nora.

Jelas Nora lagi, ini bukan kali pertama dia dikaitkan dengan pelakon lelaki yang digandingkan dengannya dalam sesebuah filem. Nora merasakan hal ini tidak patut diperbesarkan kerana dia tidak mahu timbul perasaan kurang senang antara mereka sekiranya harus bekerjasama sekali lagi untuk filem lain.

"Dulu saya dikaitkan dengan Shaheizy Sam dan kemudian, Adiputra. Sekarang dengan Qi pula. Saya rasa gosip seperti ini tidak patut timbul kerana susah untuk kami berhubung ketika atau di luar penggambaran kerana bimbang gosip tersebut lebih melarat," ujarnya.

Kata pelakon kecil molek ini, dia tidak pernah keluar bersama rakan-rakan selebriti lelaki kerana tahu orang ramai pasti akan membuat spekulasi bahawa dia dengan artis tersebut sedang bercinta.

"Saya tidak mahu anak saya membesar dengan cerita-cerita negatif mengenai saya. Saya berusaha menjaga tingkah laku saya agar dia tidak terkena tempias dengan segala gosip dan fitnah yang melibatkan diri saya," kata Nora.

Walaupun sudah hampir lima tahun hidup sendirian, namun menurut Nora, dia tidak kesunyian kerana sering ditemani anak lelakinya Rayqal dan juga teman-teman. Selain itu, dia sentiasa sibukkan diri dengan kerja.

"Setakat ni, saya tak rapat dengan siapa-siapa. Sekiranya satu hari nanti saya ingin berkahwin, pasti saya akan umumkan," tambah Nora yang mengimpikan seorang lelaki yang mampu menyayangi anaknya seperti anak sendiri.

Biodata Dan Gambar Terkini <b>Nora Danish</b> 2013

Posted: 01 Feb 2013 10:42 AM PST

Posted by Azrul Zakuan Saturday, 2 February 2013
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Biodata Dan Gambar Terkini Nora Danish | Nama sebenar beliau adalah Nora Binti Mohd Danish Hanif. Namun terdapat kekeliruan mengenai nama sebenar Nora Danish di internet dimana di wikipedia menulis nama beliau adalah Nora Danish Mohd Hanif. Berdasarkan sumber yang lebih dipercayai menerusi laman web sinemamalaysia, nama pada biodata Nora Danish adalah Nora Binti Mohd Danish Hanif.

Untuk tarikh lahir pada biodata Nora Danish yang ada di internet tidak ada percanggahan. Tarikh lahir Nora Danish adalah pada 3 Mac 1982. Nora Danish dilahirkan di Kuala Terengganu.

Walaupun beliau dilahirkan di Terengganu, namun beliau sebenarnya tidak dibesarkan dan bersekolah di Terengganu. Rekod pada biodata Nora Danish hanya menulis sekolah menengah dimana tempat beliau belajar iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang, Selangor.

Selepas menamatkan SPM, beliau terlibat dalam bidang modelling dan pengiklanan. Nama beliau melonjak dan mula popular ketika beliau berlakon dalam sitkom Puteri sebagai pelakon utama bersama dengan Beego.

Antara beberapa filem dan drama yang beliau bintangi adalah:

  • Puteri as Puteri Fara Bte Nordin
  • Pendekar 5 as Tun Fatimah
  • Sumpah Bunian as Siti Hawa
  • Tiga Serumah Season 1 and 2
  • Putera Katak as Tina
  • Arjuna as Cempaka
  • Senario: Pemburu Emas Yamashita as Dr. Lisa [filem]
  • Gila-Gila Pengantin Popular as Mala [filem]
  • Jangan Pandang Belakang Congkak 2 [filem]
  • Cuti Cuti Cinta as Eeva [filem]

Perkahwinan Nora Danish

Nora Danish pernah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli anak lelaki kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib. Mereka berkahwin pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada Julai 2008.

Hasil perkahwinan tersebut Nora Danish dikurniakan seorang anak lelaki.

Itu sahaja serba sedikit mengenai biodata Nora Danish yang mampu untuk disenaraikan. Maklumat mengenai biodata Nora Danish ini juga bersumberkan dari internet sahaja.

Gambar-Gambar Terkini Nora Danish 2013

Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Artis, Fuh Biodata

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA

Tajuk : Biodata Dan Gambar Terkini Nora Danish 2013
Ditulis oleh Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5

Fuh!! amacam?nak lagi?kalau nak tengok/baca entry macam ni lagi boleh clik pada kategori di sidebar sebelah kanan. Kalau nak copy mohon nyatakan sumber dan backlink kan ke entry ini. http://www.fuh.my/2013/02/biodata-dan-gambar-terkini-nora-danish.html. Fuh!! Harap maklom .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan