Nuffnang

Khamis, 7 Februari 2013

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Nora Danish</b> Akrab Dengan Keluarga Jejai - Gua <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 09:04 PM PST

Keakraban pelakon genit Nora Danish dengan keluarga bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli (Jejai), sering dipertikaikan oleh orang ramai dan peminat Nora sendiri. Namun, bagi Nora walaupun dia sudah tiada ikatan dengan Jejai, tapi hubungan kekeluargaan antara mereka masih kuat terjalin.

"Orang tak akan faham bahawa saya sudah menganggap keluarga Jejai macam keluarga saya sendiri. Tak kan saya harus putuskan hubungan kekeluargaan walaupun sudah bercerai dengan Jejai?," ujar Nora yang baru-baru ini pergi bercuti dengan keluarga bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah di Dubai selama 10 hari.

Tambah Nora, Jejai dan isterinya, Fasha Sandha tidak kisah sekiranya Nora bercuti dengan keluarga Jejai. Malah, Nora bersedia sekiranya satu hari nanti dia ditakdirkan pergi bercuti bersama Fasha dan keluarga Jejai.

"Saya yakin perkara itu pasti akan terjadi juga satu hari nanti. Jadi, saya sudah bersedia jika waktu itu tiba", kata Nora.

Menurut Nora, dia tidak pernah terserempak atau bertemu dengan Fasha sekiranya keluarga Jejai mengadakan majlis kekeluargaan seperti kenduri doa selamat dan sebagainya.

"Mungkin sudah ditetapkan tuhan, sekiranya saya hadir di majlis tersebut, Jejai dan Fasha pula ada urusan lain. Begitu juga sebaliknya", katanya.

Dalam masa yang sama, Nora turut menafikan bahawa keakraban dia dengan keluarga Jejai disebabkan kehadiran anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Jejai dahulu, Rayqal.

"Kalau saya tiada anak dengan Jejai pun, saya percaya hubungan baik antara saya dengan keluarga Jejai masih tetap terjalin erat", tambah Nora.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan