Nuffnang

Jumaat, 29 Mac 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Adik <b>Farid Kamil</b> &#39;Berkawan&#39; Dengan Yana? | MyNewsHub

Posted: 14 Feb 2013 11:30 PM PST


Ketika ini kontorversi yang menimpa pelakon dan pengarah berbakat besar, Farid Kamil mengenai pemakaian bajunya ketika bersanding sudah pun mulai reda.

Tetapi timbul pula cerita baru, namun ia bukanlah tentang Farid sebaliknya mengenai adiknya, Fadzil Zahari yang dikatakan walaupun baru saja menceburi bidang seni tetapi sudah ada gosip cinta dengan pelakon, Yana Samsudin.

Namun, memetik laporan Harian Metro, hari ini, Fadzil, 29, ketika ditemui pada majlis sempena Tahun Baru Cina anjuran Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG) di Petaling Jaya, baru-baru ini telah menafikannya dan mengakui dia dan Yana hanya bersahabat.

Menurut Fadzil, sebagai orang baru dalam industri hiburan, dia lebih selesa berbicara soal karier berbanding menjawab gosip yang tidak benar seperti kisah cinta itu.

Tetapi dia akan menjawab soalan sebaik mungkin kerana dia tahu sebagai artis dia tidak mungkin boleh lari dari gosip cinta.

"Sekalipun perkara ini hanya gosip dan bukan fakta, saya tetap kena memberikan jawapan. Jadi, jawapan saya mengenai gosip cinta dengan Yana itu adalah tidak betul dan kami cuma berkawan baik.

"Bahkan, Yana juga sudah menafikannya dan saya berharap tidak perlu lagi berhadapan gosip seperti ini," jelasnya.

Tambah Fadzil, sikap komited Yana pada karier dan minatnya terhadap seni membuatkan dia begitu menghormatinya.

Baginya, bukan mudah untuk meraih kejayaan dan apa yang dilakukan Yana itu harus dicontohi.

Sementara itu, apabila ditanya pada Farid tentang hubungan adiknya Bersama Yana, Farid berkata, dia tiada masalah untuk merestui percintaan yang berputik antara Fadzil dan Yana.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan