Nuffnang

Sabtu, 2 Mac 2013

Hazama af - Google Blog Search

Hazama af - Google Blog Search


Celebrities Bulletin: Kesian <b>Hazama AF9</b> tak laku (4 GAMBAR)

Posted: 10 Nov 2011 05:54 PM PST

HAZAMA mengaku dia suka untuk mempunyai band sendiri berbanding menjadi penyanyi solo.

GAGAL sekali tidak bermakna akan gagal untuk selama-lamanya. Itulah prinsip yang dipegang oleh pemilik nama Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali Hazama AF 9 dalam meniti perjalanan kariernya sebagai anak seni.

Setelah gagal dalam percubaan pertamanya untuk mencipta nama menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) semasa musim keempat, akhirnya kejayaan telah diraih oleh Hazama lima musim selepas itu.
Lebih manis lagi buat penyanyi berkenaan, dia merupakan juara terakhir untuk rancangan tersebut apabila pihak Astro mengambil keputusan untuk menamatkan terus rancangan yang mendapat sambutan hangat penonton serta melahirkan bakat-bakat baharu dalam bidang seni suara.
Bagaimanapun, sebelum menyertai AF tentu ramai yang sudah tahu mengenai Hazama yang pernah menjalinkan kolaborasi bersama kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH) untuk mengadakan persembahan bersama mereka.
Ditanya mengenai statusnya sekarang bersama MUH setelah mula bergandingan pada tahun 2009, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak pernah menjadi vokalis tetap untuk kumpulan tersebut.
"Apa yang boleh saya beritahu sepanjang dua tahun bersama mereka, memang status saya adalah sebagai vokalis sementara untuk MUH. Ketika mula-mula mereka memberi tawaran dahulu, saya telah diberitahu tentang status saya itu.
Berkenaan dengan projek khas bersama MUH, Hazama menjelaskan mereka sudah bekerjasama menghasilkan dua buah single yang berjudul Ya Habibi Ali Baba dan yang terbaharu menerusi lagu berjudul Pokok.
Biarpun kerjasama di antara dia dan MUH sudah agak lama terjalin, namun penyanyi berkenaan mengakui sehingga kini dia memang tidak pernah ditawarkan untuk menjadi vokalis tetap kumpulan tersebut.
"Memang saya tidak kisah sangat kerana kerjaya saya sebagai penyanyi solo sudah pun bermula. Namun, terus terang saya katakan yang sebenarnya jiwa saya lebih terarah untuk menyanyi dengan band.
"Bukan saya tidak gemar atau kurang selesa menyanyi secara solo, tetapi saya lebih mendapat kepuasan kalau menyanyi bersama band dan itulah yang saya dapat rasakan semasa mengadakan persembahan bersama MUH," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia telah memasang impian untuk membentuk sebuah band dan perkara tersebut telahpun dinyatakan kepada pihak pengurusannya iaitu Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB).
Ujarnya, buat masa ini dia akan memberi sepenuh tumpuan dan komitmen terhadap kerjaya solonya terlebih dahulu memandangkan jadual kerjaya seninya sekarang yang agak padat.
"Perkara ini sudah saya nyatakan kepada pihak pengurusan dan ternyata memang mereka agak berminat memandangkan masih belum ada lagi sebuah band yang bernaung di bawah pengurusan AESB," ujarnya.
IMPIAN Hazama (kiri) untuk berkolaborasi dengan Amy Search tercapai apabila
mereka berduet untuk lagu Simetri.


Berbanding dengan kebanyakan bekas juara AF yang lain sebelum ini, Hazama dilihat antara juara realiti rancangan tersebut yang kurang menyerlah dan seolah-olah perjalanan kariernya bergerak agak perlahan.

Namun begitu, penyanyi berkenaan memberitahu sejak menamatkan saingan dengan merangkul gelaran juara AF 9 pada bulan Jun lalu, jadual hariannya sebagai anak seni memang agak padat.
"Mungkin orang jarang melihat kemunculan saya sama ada di media cetak atau elektronik sehingga membuat tanggapan perjalanan karier seni saya seperti tidak berkembang berbanding juara-juara AF sebelum ini.
"Sedangkan jadual seni saya boleh dikatakan agak padat, cuma saya banyak terbabit dengan kerja-kerja di dalam studio seperti rakaman dan lebih gemar tampil di media kalau saya ada menghasilkan produk terkini seperti pembikinan muzik video Simetri ini," jelasnya.
Ujarnya, dalam tempoh lima bulan selepas berakhirnya AF dia sebenarnya banyak terbabit dengan pelbagai acara di merata tempat di seluruh negara, tetapi acara yang tidak mendapat publisiti media.
Luah Hazama: "Secara jujurnya saya tetap gembira walaupun terbabit dalam acara yang tidak mendapat sebarang publisiti. Bagi saya apa yang lebih penting dapat mendekatkan diri dengan peminat-peminat saya."
Walaupun kini dia sedang mula mencipta nama di pentas nyanyian, siapa sangka penyanyi berusia 29 tahun ini sebenarnya turut memendam impian untuk bergelar sebagai seorang pelakon.
Menurut Hazama, dia sudah pun ada menerima tawaran daripada sebuah syarikat untuk berlakon filem. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut kerana buat masa ini ia masih lagi di peringkat perbincangan.
"Memang tumpuan saya sekarang adalah lebih terarah kepada bidang nyanyian, tetapi tidak salah rasanya kalau mencuba satu bidang seni yang lain seperti lakonan kerana saya juga minat berlakon.
HAZAMA tidak kisah kurang publisiti asal dia tetap menerima tawaran tanpa putus dan bertemu peminatnya.


"Sebenarnya saya ini jenis yang tidak suka melepaskan peluang yang sudah terbentang luas di depan mata. Lagipun kalau saya menolak tawaran yang diberikan seolah-olah saya telah menolak rezeki," ujarnya.
Jelasnya lagi, dia berharap agar impiannya untuk tampil di layar perak dapat direalisasikan dan menyasarkan untuk berlakon sekurang-kurangnya sebuah filem pada tahun hadapan.
Ditanya tentang genre filem yang disukainya, penyanyi tersebut menjelaskan dia gemar untuk berlakon dalam filem yang memberikan mesej yang positif kepada penonton dan kisah yang memaparkan kehidupan seorang individu seperti Forest Gump.
"Saya sendiri tak kisah untuk berlakon dalam apa sahaja genre, tetapi seboleh-bolehnya saya memang mahu mengelak untuk berlakon dalam filem hantu kerana saya tidak suka genre itu," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan