Nuffnang

Selasa, 26 Mac 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


“Saya Memang Seorang Yang Demand” – <b>Que Haidar</b> | ROTIKAYA

Posted: 21 Feb 2013 08:12 PM PST

Menanti hampir empat tahun untuk kemunculan kembali pelakon berbakat Que Haidar adalah perkara yang amat ditunggu oleh semua.

Memberitahu semakin demand dan sangat memilih untuk menjayakan sesebuah filem, Que Haidar tidak kisah jika bintangnya di dalam dunia perfileman semakin malap dilupakan.

"Ya, saya memang demand dan sangat-sangat memilih untuk berlakon. Bukan tidak ada tawaran lakonan tetapi kebanyakkannya saya tolak kerana tidak menepati kehendak saya"

Que Haidar tidak kisah jika dilabel begitu kerana bagi dirinya lakonan bukan lagi menjadi fokus utama, Que Haidar kini lebih sibuk mengajar lakonan dan membuat bengkel di negeri-negeri seperti di Johor Baharu baru-baru ini.

"Selain daripada bidang lakonan, saya turut terlibat di dalam menjayakan bengkel-bengkel lakonan serta membantu perniagaan isteri (Linda Jasmine) dengan studio tariannya"

Ujar Que lagi kini dia hanya mahu terlibat jika diberikan peluang untuk berlakon di bawah arahan pengarah seperti Din Said, U-Wei dan juga Mamat Khalid kerana karya dan kreativiti mereka yang pasti lain daripada pembikin filem yang ada di Malaysia.

"Mungkin masa untuk saya berlakon bersama mereka belum tercapai kerana masih banyak yang harus diperbaiki selain pengarah seperti mereka pastinya sudah ada gambaran setiap karakter yang diinginkan"

Di dalam perkembangan lain, Que Haidar turut berkongsi pengalaman beliau menerima tawaran berlakon bersama Mamat Khalid bagi filem pertama selepas empat tahun menyepi iaitu "Rock oo!" dimana beliau mengambil masa empat bulan untuk membaca dan memahami skrip.

"Masa yang diambil lebih kurang empat bulan, manakala seminggu sebelum tarikh penggambaran bermula barulah saya terima"

Tidak mahu merendahkan martabat seorang artis, Que seringkali menjadikan gaya selebriti Hollywood di dalam percaturan hidup mereka di dalam dunia lakonan sebagai contoh untuk dirinya.

"Saya mahu menjadi artis barat yang bukan sahaja berlakon malahan di belakang mereka masih banyak perkara yang dilakukan oleh yang demikian mereka tidak kisah jika tiada tawaran berlakon dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menjayakan sebuah filem pada satu-satu masa"

Filem aksi komedi "Rock oo!" lakonan Que Haidar bersama Khir Rahman, Shoffi Jikan dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 28 Februari ini.

<b>Que Haidar</b> Pilih 4 Pengarah Sahaja | MyNewsHub

Posted: 10 Mar 2013 06:15 PM PDT


PETALING JAYA – Pelakon Que Haidar hanya memilih empat pengarah hebat iaitu Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid sekiranya ditawarkan berlakon filem.

Que berkata, empat pengarah itu merupakan antara yang digemarinya kerana kreativiti yang dimiliki mereka dalam setiap filem yang dihasilkan.

"Memandangkan pelibatan saya dalam lakonan sangat kurang, jadi saya senang dengan bersikap memilih.

"Tawaran yang diberi hanya akan saya terima jika filem itu diarahkan oleh Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid. Mereka sangat kreatif dalam mengembangkan plot cerita dan watak," katanya.

Tambah Que yang sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bersara di bidang lakonan, dia kini sedang membuka ruang kepada diri untuk mengeksplorasi watak-watak yang belum pernah dibawakannya sebelum ini.

"Mungkin ia kedengaran seperti angkuh. Tetapi saya mahu sesebuah watak yang diberi benar-benar memberi kesan terhadap kredibiliti saya," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangannya yang terbaru, Que kini sibuk dengan pengajaran kelas-kelas lakonan menerusi bengkel-bengkel yang dianjurkan.

Selain itu Que juga banyak membantu isterinya dalam menguruskan kerja-kerja persembahan tarian isterinya, Linda Jasmine.

"Sekarang ini saya dan isteri saling berbahagi kerja. Selain menguruskan studio tarian isteri di Ampang, saya juga mengadakan beberapa bengkel lakonan buat anak-anak muda yang berminat.

"Selain itu, saya juga sibuk menghadiri pelbagai undangan untuk memberi ceramah bagi pelajar-pelajar jurusan seni persembahan.

"Alhamdulillah, kerja-kerja ini sudah menjadi keutamaan saya manakala lakonan pula lebih ke arah hobi," tuturnya. – mStar Online

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Que Haidar</b> Menangis Dimarah Mamat | TeminFM Blog

Posted: 01 Mar 2013 11:30 PM PST

PENGARAH terkenal, Mamat Khalid yakin filem terbaharunya, Rock Oo: Rimba Bara Kembali (Rock Oo) yang merupakan kesinambungan filem Rock (2005) mampu pecah panggung berikutan kematangannya dalam berkarya dan juga barisan para pelakon yang memberikan persembahan yang mantap.

"Dengan izin Tuhan, saya yakin seperti mana filem Rock dahulu, Rock Oo ini juga akan pecah panggung sebab ia diadun dengan lebih serius. Penonton juga dapat saksikan kembali lakonan Que Haidar dan dapat melihat perubahan lakonan Que yang sebelum ini lebih cenderung membawa watak cinta dan ganas, " ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Rock Oo yang diadakan di Cathay Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Mengulas mengenai lakonan Que Haidar, dedah Mamat, pada mulanya dia terkejut dan kecewa dengan mutu lakonan pelakon Harapan Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 itu yang dilabelkannya seperti kayu.

Mengetahui lakonan Que Haidar sebelum ini begitu hebat dan berkesan, ulas Mamat, mungkin suami kepada koreografer Linda Jasmine itu menghadapi dilema lakonan kerana sudah dua tahun bersara dalam dunia lakonan.

Que Haidar sebelum ini membuat keputusan untuk bersara dari bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan Linda Jasmine. Biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat dan pengkarya filem, Que Haidar nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan dan menjadi tenaga pengajar kelas lakonan.

Enggan membiarkan Que Haidar daripada terus larut dalam dilema lakonan, Mamat terpaksa memarahinya sehingga membuatkan pelakon itu menangis.

"Saya tertekan bila Mamat marah dan memanggil saya kayu. Saya tidak boleh kena marah. Jadi, akibat terlalu tertekan saya menangis. Dalam kalangan kesemua pelakon Rock Ooo, saya rapat dengan Khir dan saya mengadu padanya serta menyalahkannya kerana memaksa saya kembali berlakon dan menghadapi situasi ini," jelas Que Haidar yang kembali pada dunia lakonan kerana jatuh cinta dengan jalan cerita dan barisan pelakon filem Rock Oo.

Terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk peminat melihatnya muncul kembali dalam arena lakonan, membuatkan Que Haidar tertekan dan tidak mampu memberikan lakonan mantapnya sebelum ini dalam filem Rock Oo.

Ulas Mamat mengenai perkara itu pula, katanya, Que Haidar sebenarnya berasa rendah diri dan terlalu memikirkan mengenai lakonannya sehingga membuatkan dia tidak dapat menjiwai karakter lakonannya sebagai Amy Mat Piah.

"Mujur lakonan 'kayu' Que Haidar cuma bertahan selama beberapa hari sahaja sebelum dia kembali menjadi Que Haidar yang asal," jelas Mamat lagi.

Berhubung cabaran lain pula dalam menghasilkan filem Rock Oo, ujar Mamat lagi, dia perlu menjaga keseluruhan aspek seperti pakaian, dialog dan juga visual untuk menghasilkan zaman rock yang popular sekitar tahun 80-an.

Ditanya mengenai barisan pelakon-pelakon filem Rock Oo, ujar Mamat lagi, dua watak baharu ditampilkan dalam Rock Oo ialah Slash Haji Tapah, lakonan Pekin Ibrahim dan Mi Black, yang direalisasikan Azmi Black.

Kongsi Mamat, walaupun watak lakonan Pekin dan Azmi Black tidak mempunyai banyak dialog tetapi kedua-dua pelakon itu mampu memantapkan lagi jalan cerita filem tersebut bersama pelakon-pelakon yang sedia ada sebelum ini seperti Khir Rahman, Sofi Jikan dan Que Haidar sendiri.

Rock Oo mengisahkan mengenai Amy Mat Piah yang berhasrat ingin menyatukan kembali kumpulan rock Rimba Bara yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu. Begitupun, hasratnya untuk membuatkan Rimba Bara menyinar kembali bukan mudah kerana mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Filem terbitan bersama Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Naga AVXS Sdn. Bhd. itu yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 28 Februari lalu itu turut menampilkan lakonan aktres sensasi, Tasha Shilla.

(Sumber Dari KOSMO! 02/03/2013)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan