Nuffnang

Selasa, 30 April 2013

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>GAMBIT SAIFULLAH</b> NAK BERSIH NAMA - My Sumber

Posted: 25 Aug 2012 01:27 PM PDT

Gambit Saifullah nak bersih nama

gambit gambit saifullah nak bersih nama

Gambit Saifullah tidak malu mengakui bahawa namanya dikenali melalui cerita yang kurang enak

Bermula daripada cerita sikap keras kepalanya hinggalah kontroversi klip video Prema Yin arahannya bertajuk Menarilah, semua itu memberi imej negatif terhadap Gambit

Ralatnya dia, semua cerita itu tersebar daripada mulut ke mulut. Walhal menurutnya, ada penyampai cerita yang tidak mengenalinya sama sekali. Malah gelaran poyo secara semberono dipalitkan kepada dirinya

Bertemu Gambit, dia berkata, dia seorang yang peramah namun bukan dengan semua orang. Gambit turut menyatakan dia seorang yang gemar bercakap, malah bertegas bahawa dia bukan manusia hipokrit

"Banyak orang yang tidak memahami saya tetapi senang-senang melemparkan tuduhan. Saya harap orang dapat melihat sisi positif saya

"Saya peramah tapi pada masa yang sama memiliki sifat pemalu. Sifat itulah yang dianggap sombong selama ini. Apa yang penting bagi saya ialah sikap jujur, itu yang sentiasa saya pamerkan," hujahnya

Pada satu sisi, dia melihat skil komunikasinya perlu diperbaiki. Malah lebih daripada itu, dia memilih Lina Merican yang merupakan pengurus Awal Ashaari untuk mengendalikan kerjayanya yang sememangnya memerlukan komunikasi berterusan dengan pelbagai pihak

"Perjalanan kerjaya saya bagus cuma saya inginkan sebuah pasukan yang boleh melancarkan lagi pergerakan saya

"Saya juga hendak membersihkan diri daripada segala kata-kata orang terhadap saya

"Saya tidak pernah berhenti berlakon tetapi sekarang lebih menumpukan kepada kerja-kerja produksi," katanya yang muncul dengan program Nusantara Raya Safee Sali yang ditayangkan pada hari raya kedua lalu-kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan