Nuffnang

Isnin, 29 April 2013

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


Mana Ada Suara Mesin - <b>Mizz Nina</b> | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 17 Apr 2013 05:04 PM PDT

Mizz Nina

Semua sedia maklum, baru-baru ini Mizz Nina baru sahaja melancarkan video klip terbarunya bersama penyanyi terkenal Korea, Jay Park menerusi lagu mereka berjudul "Around The World."

Melalui respon peminat yang menonton video klip tersebut, ramai yang melahirkan rasa bangga dengan kejayaan penyanyi tersebut dan dalam masa yang sama ada juga peminat yang memberi komen negatif sehingga menuduh suara penyanyi itu seakan-akan suara mesin.

Bagi menjawab komen tersebut, Mizz Nina lebih gemar mendiamkan diri dan tidak mahu mengambil serius terhadap hal remeh seperti itu.

"Mana ada suara mesin. Sekarang ini semuanya dah canggih dan kita guna peralatan elektronik, jadi ada banyak filter yang kita boleh buat dengan suara tersebut, sama ada kita nak buat ia nampak original ataupun tak.

"Bagi saya, mereka yang suka sangat bagi komen-komen negatif ni, sebenarnya golongan yang rasa tak puas hati dengan kehidupan diri sendiri. Jadi, mereka lebih suka tengok keburukan orang lain dan komen benda yang bukan-bukan.

"Biarlah apa pun orang nak cakap, saya cuma akan pandang perkara tersebut secara positif dan tak akan ambil serius dengan perkara-perkara sebegitu," ujar Mizz Nina sambil tersenyum.

Merujuk perkembangan terbaru, Mizz Nina dijangka akan mengadakan konsert sulungnya berjudul "Around The World Concert" pada 18 Mei ini bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.

Tiket konsert telah mula dijual semalam (17 April 2013) dan harga tiket boleh didapati dalam lingkungan RM 70 dan RM100 menerusi redtix.airasia.com ataupun di mana-mana Victoria Music Outlet  serta semua Rock Corner.

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan