Nuffnang

Jumaat, 12 April 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Dapat 4A Untuk SPM |

Posted: 21 Mar 2013 03:58 AM PDT


Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diumumkan. Teringat kenangan Abang Nara menduduki SPM pada tahun 2000. Cepat sungguh masa berlalu. Salah seorang artis yang mengambil keputusannya pada hari ini ialah si kecil molek Najwa Latif.

najwa latif spm

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Najwa Latif kerana mendapat 4A untuk SPM di samping lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Agama Islam. Najwa Latif berhasrat untuk menyambung pelajarannya di dalam jurusan Bahasa Inggeris namun masih belum memilih mana-mana kolej atau universiti.

najwa latif

Tahniah kepada Najwa Latif atas keputusan ini. Semoga dapat menyambung pelajaran ke tempat yang diingini. Sementara itu, mungkin Najwa Latif boleh tumpukan perhatian terhadap bidang nyanyian sebelum membuat apa-apa keputusan. Tahniah sekali lagi. Info asal Astro Awani.

P.S: Sebab lelaki memilih wanita lain

Baca Yang Ini Pulak:-


Dapat 4A SPM, <b>Najwa Latiff</b> Cuma Wakilkan Kakak | OHBULAN!

Posted: 21 Mar 2013 05:43 PM PDT

Najwa LatiffKerana terlalu tertekan, Najwa Latiff yang popular melalui lagu 'Kosong' semalam telah mewakilkan kakaknya untuk mengambil keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Menerusi Berita Harian, kakaknya iaitu Iqhwatul Syafika, 24, telah muncul seorang diri untuk mengambil keputusan SPM dan cubaan media untuk mendapatkan kenyataan daripadanya juga tidak berjaya kerana kakak Najwa terus balik selepas mengambil keputusan.

Najwa ketika dihubungi menjelaskan mimpi adalah antara punca dia tertekan dan takut untuk hadir sendiri mengambil keputusan.

"Saya tertekan sebab malam tadi (kelmarin) saya bermimpi tidak memperoleh sebarang A, sebab itu saya minta kakak ambilkan keputusan. Bagaimanapun saya tidak menyangka untuk dapat 4A kerana sebelum ini, saya mensasarkan keputusan 3A saja.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan emak juga gembira melihat pencapaian saya." – sumber.

Untuk seorang penyanyi remaja yang sibuk dengan kerjaya dikala yang lain sibuk belajar, ini sudah lebih dari cukup. Apa pun, tahniah dari OHBULAN! buat adik Najwa Latiff ya.

Tags: , ,

<b>Najwa Latiff</b> Peroleh 4A Dalam SPM | ROTIKAYA

Posted: 21 Mar 2013 08:06 AM PDT

Semua maklum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 diumumkan siang tadi.

Tidak ketinggalan penyanyi "Cinta Muka Buku" Najwa latif turut mengambil keputusan SPM siang tadi.

Ketika dihubungi Gala Tv awal siang tadi, Najwa berkongsi berita gembira dengan peminatnya dengan memperoleh keputusan 4A.

Dilaman twitter, Najwa melahirkan rasa kesyukuran kerana lulus dalam semua matapelajaran yang diambilnya tahun lalu.

Untuk pengetahuan, Najwa Latif memperlahankan aktiviti seninya tahun lalu bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan besar yang bakal didudukinya.

Ucapan tahniah dari kami kepada Najwa Latiff. Dan tahniah kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan