Nuffnang

Isnin, 22 April 2013

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Sahkan Bakal Nikah Sebelum Ramadhan | Portal <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 07:32 PM PDT

Screen Shot 2013-03-21 at 10.28.56 AMDalam diam-diam, rupanya pengarah muda, Pierre Andre sudah pun merancang pelbagai persiapan untuk majlis pernikahannya yang dijangkakan berlangsung sebelum bulan Ramadhan menjelma

Menerusi portal Murai, Pierre bakal bernikah dengan Nur Hidayah Hashim, 25, pada bulan Jun ini namun tarikh masih belum ditetapkan lagi.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim,25, atau Yaya pada bulan Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami.

"Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan," ujar Pierre dipetik dari Murai.

Bagaimanapun, Pierre memberitahu kemungkinan besar majlis resepsinya akan diadakan pada hujung tahun.

"Kami akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan dibuat kemudian dan belum ditetapkan lagi bila tarikhnya. Saya memang mahu buat perkara yang wajib dahulu iaitu akad nikah dan resepsinya kemudian. Mungkin pada hujung tahun."

Tahniah pada Pierre, bakal isterinya pun cantik, kan?

Tags: , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan