Nuffnang

Rabu, 24 April 2013

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


Peraduan : Jom Terbang Bersama <b>Scha Al-Yahya</b> Ke Langkawi <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 08:46 PM PST

POSTER AWAN DANIAAdakah anda salah seorang peminat drama bersiri 'Awan Dania' yang pernah ditayangkan di saluran Astro suatu ketika dahulu? Ok, di sini ada berita baik untuk anda semua, dimana drama bersiri tersebut bakal difilemkan dan akan menemui penonton Mac ini.

Untuk filem ini, pihak pengarahnya Rashid Sibir masih lagi mengekalkan pelakon asal drama tersebut iaitu Scha Al-Yahya dan Jihan Miskin sebagai peneraju utama, manakala Rushdi Ramli dan Elly Mazlein sebagai watak pembantu untuk filem tersebut.

Menerusi filem ini Dania (Scha Al-Yahya) masih lagi bekerja sebagai pramugari dan berkhidmat dibawah sebuah syarikat penerbangn, iaitu FireFly. Sekiranya di dalam drama sebelum ini Dania pernah ada pesaing dalam merebut hati Benjy (Jihan Miskin), manakala untuk versi filem pula Dania telah berjumpa dengan seorang lagi pesaing baru iaitu Tania (Elly Mazlein).

Di dalam versi filem ini, Dania akan bersaing dengan Tania untuk merebut gelaran 'krew kabin terbaik' dan demi merebut gelaran tersebut kedua-dua pramugari ini akan cuba berusaha untuk memikat hati Rusdi Ramli (Remy).

Namun begitu, dalam masa yang sama Dania telah meminta pertolongan daripada Benjy dan menyuruh jejaka tersebut menyamar sebagai kekasihnya semata-mata untuk membuatkan Remy cemburu. Akan tetapi, segala perancangan tersebut menjadi bertambah rumit dan peperangan antara Dania serta Tania menjadi semakin kritikal.

Bagi mengetahui apakah yang bakal terjadi antara Dania dan Tania,  jangan lupa untuk menyaksikan filem tersebut di pawagam berhampiran anda mulai 14 Mac ini.

Bersempena dengan kehadiran filem 'Awan Dania The Movie' ini, pihak Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) dengan kerjasama FireFly dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan mengadakan peraduan 'Terbang Bersama Dania.' Peraduan yang diuruskan OHBULAN! akan memilih 2 pemenang berserta pasangan untuk pergi bercuti bersama pelakon utamanya Scha Al-Yahya pada 3 & 4 March 2013 di pulau Langkawi, Kedah.

Sertai sekarang! Tarikh tutup penyertaan ialah 24 Februari 2013.

Berikut merupakan soalan bagi peraduan 'Terbang Bersama Dania' :

Trailer :

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan