Nuffnang

Selasa, 9 April 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Bintang Paling Popular ABPBH 2012 : Aaron Aziz, <b>Zizan Razak</b> Atau <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 06:07 PM PDT

Semakin hampir malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), semakin banyak andaian yang dibuat tentang siapakah yang bakal merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2012. Tahun lalu, hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz menyandang gelaran tersebut sehingga mencetuskan kontroversi. Adakah Aaron mampu mengekalkan gelaran itu pada tahun ini?

Terdapat beberapa nama yang GUA jangkakan mampu merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH tahun ini seperti Aaron Aziz, Zizan Razak dan Shila Amzah. GUA katakan begini kerana setiap kali nama-nama ini muncul di lokasi jelajah ABPBH 2012, sorakan daripada peminat begitu memberangsangkan.

Pada tahun ini, Aaron Aziz yang sinonim dengan watak hero di layar perak membuat kejutan dengan kolaborasinya bersama kumpulan Sleeq. Aaron mengembangkan kerjaya ke bidang nyanyian yang sekali gus menambahkan lagi bilangan peminatnya. Lagu 'Salam Semua' yang didendangkan oleh Sleeq dan Aaron mengisahkan kisah hidup Aaron sebagai anak seni.

Manakala Zizan juga kini semakin mencipta nama sebagai pelakon, pengacara dan pelawak. Tidak dinafikan Zizan mampu membuatkan para peminat tidak kering gusi dengan keletahnya. Filem-filem yang dibintangi oleh Zizan juga meninggalkan kesan di hati peminat. Dalam pada yang sama juga, Zizan yang merupakan pengacara rancangan Melodi muncul setiap Ahad yang mana membuatkan peminat berpuas hati dengan konsistensi Zizan menghiasi kaca televisyen.

Selain itu, nama Shila Amzah juga turut melonjak naik setelah bergelar juara di pertandingan Asian Wave di China pada tahun lepas. Gadis muda itu telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia serta membuka mata banyak pihak tentanng bakat besar yang dimilikinya. Tidak cukup dengan itu, Shila juga mengegarkan industri hiburan tempatan apabila kisah cintanya dengan Sharnaaz Ahmad mengundang perbualan hangat.

Namun ini semua adalah andaian GUA semata-mata. Seperti yang kita sedia maklum, ABPBH merupakan anugerah yang berpihak kepada populariti mengikut undian para peminat. Undian sudah dikira, kita nantikan saja malam anugerah nanti!

EDtv: <b>Zizan Razak</b> diramalkan menang Bintang Paling Popular 2012?

Posted: 07 Apr 2013 04:52 AM PDT

Hai, ini entri ringkas sempena ABPBH 2012 yang akan berlangsung sebentar nanti. Daripada pembacaan ED dan apa yang ED dengar, ramai yang meramalkan Zizan Razak bakal membawa kereta baharu sekaligus memenangi Bintang Paling Popular malam ini.
 ED rasa ramai yang suka jika dia menang malam ini..
ED rasa mungkin ada kebenarannya sebab dia tercalon untuk 3 kategori malam ini. Jika tiga2 kategori dia menang, mungkin besar kemungkinan Zizan Razak bakal merangkul gelaran dan hadiah Bintang Paling Popular tahun 2012. Okelah, sama ada ramalan ini benar atau tidak, kita tunggu dan lihat nanti. Udada Ubabye!!
ED: Macam ada banyak kejutan malam ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan