Nuffnang

Jumaat, 10 Mei 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Dakwa Di &#39;Kencing&#39; Pihak Produksi Filem? | buahmulut <b>...</b>

Posted: 07 May 2013 05:47 PM PDT

Penglibatan yang lama didalam bidang lakonan bukanlah satu jaminan buat mana-mana pelakon tempatan untuk terhindar daripada ditipu oleh pihak – pihak tidak bertanggunjawab yang cuba mengambil kesempatan keatas golongan ini.


Didie Alias - Oh Mak Kau

Nyata, asas kebenaran ini terbukti apabila pelakon yang berpengalaman dan sudah memenangi beberapa anugerah bersifat popular juga merasakan dirinya seperti diperdaya.

Sering dilabelkan sebagai 'Lady Gaga Malaysia' Didie Alias berasa sedikit terkilan apabila pada awalnya menyangkakan filem yang bakal dibintangi beliau akan di arahkan oleh Syamsul Yusof bersama seorang lagi pengarah muda yang lain, tapi disaat akhir Syamsul Yusof menarik diri. Hal ini nyata tidak disenangi Didie kerana dia menerima tawaran ini disebabkan penglibatan awal Syamsul Yusof sebagai pengarah bersama.

"Nak kata menyesal sangat tu tidaklah. Menyesal pun tak ada gunanya, lagipun saya dah sign kontrak untuk berlakon didalam filem ini jadi teruskan je la. Sewaktu ditawarkan berlakon dalam filem ini pihak produksi ada menyatakan pada saya yang Syamsul Yusof pun akan menjadi salah seorang pengarah. Waktu tu dengar memang seronok jugalah dan saya sudah membayangkan yang filem ini nanti pasti lain dari yang lain dan bayangkan ala-ala KL Gangster. Tapi sebaliknya berlaku apabila saya diberitahu yang Syamsul Yusof tarik diri sebab ada komited yang lain." Jelasnya dengan nada kesal


Didie Alias - Oh Mak Kau

Ujar Didie juga walaupun pengarah bagi filem Oh Mak Kau iaitu Nurul Ain masih muda dan baru menceburi bidang ini namun rasa hormat terhadap pengarah tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi. Katanya juga sebagai seorang pelakon dia harus berlapang dada dengan siapa dia bekerja asalkan tidak timbul sebarang masalah yang memudaratkan.

"Saya akui juga sepanjang pengambaran filem ini banyak perancangan yang sudah dibuat awal tidak menjadi ini mungkin terjadi kerana kebanyakkan yang terlibat didalam produksi ini serba kekurangan dari segi pengalaman mereka. Walaupun begitu sebagai seorang pelakon yang berpengalaman saya sentiasa memberi sokongan walaupun diarah oleh seorang pengarah wanita muda yang baru. Saya dan juga rakan-rakan lain yang turut sama berlakon ada juga memberi pelbagai idea dan pandangan bagi mencantikkan lagi filem Oh Mak Kau ini"

Apabila diminta pandangan tentang pengarah muda ini Didie Alias pantas menjawab agar segala kelemahan mahupun kekurangan yang muncul di dalam filem tersebut perlulah diperbaiki pada masa akan datang jika dia masih menyimpan hasrat untuk mengarah lagi pada masa akan datang.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan