Nuffnang

Khamis, 30 Mei 2013

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Maya Karin</b> Tercabar Dengan Nota - Gua.com.my

Posted: 26 May 2013 09:42 PM PDT

Selepas meraih gelaran Aktres Terbaik menerusi filem 'Ombak Rindu', pelakon terkenal, Maya Karin kini bakal muncul dengan filem terbaru berjudul, 'Nota'. Ingin membuktikan dirinya seorang pelakon versatil dan enggan dikenali dengan watak stereotaip, Maya bakal tampil dengan sisi yang berbeza dalam filem misteri arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka.

"Filem 'Nota' merupakan filem yang memaparkan drama emosi antara suami dan isteri. Dialog dalam filem ini amat sikit kerana ia banyak bermain dengan reaksi serta ekspresi muka. Pelakon dalam 'Nota' juga sangat kecil di mana ia melibatkan tiga orang sahaja iaitu saya, Hans Isaac dan Ramli Hassan (Red Kebaya). Saya teruja kerana ini kali pertama saya berlakon bersama Hans selepas 15 tahun mengenalinya.

Sebab utama saya memilih untuk terlibat dalam filem ini adalah kerana ia mempunyai sentuhan antarabangsa di mana pengarahnya dari Jepun dan jurukamera dari Jerman. Saya sangat tertarik dengan kelainan serta hasil kerja orang luar di mana sentuhannya dapat dilihat menerusi syot-syot yang dipaparkan.

Filem ini juga penuh dengan kesenian dan saya anggap 'Nota' sebagai sebuah filem seni untuk anugerah bertaraf antarabangsa seperti di Cannes. InsyaAllah, selain Malaysia, filem 'Nota' juga akan dibawa ke pasaran Jepun," ujar Maya ketika ditemui baru-baru ini.

Filem 'Nota' mengambil masa selama sebulan penggambaran di Taman Negara Bako, Kuching Sarawak. Baru saja selesai penggambaran filem tersebut seminggu lalu, Maya memberitahu filem ini sangat mencabar, bukan sahaja dari segi lakonan malah dalam bentuk fizikal.

"Saya seorang yang lasak dan itu merupakan salah satu sebab saya bersetuju untuk terlibat dalam filem ini. Namun, tidak dinafikan, penggambaran filem ini amat susah dan memenatkan. Kami terpaksa bergelut dalam sungai dan lumpur.

Selain itu, kami juga terpaksa mengharungi kepanasan yang melampau sehingga nak fokus dalam lakonan pun susah. Peluh yang banyak dan kepala berdenyut menyukarkan perjalanan watak namun saya cuba juga memberikan yang terbaik untuk filem ini," ujar Maya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan