Nuffnang

Khamis, 9 Mei 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


(22 GAMBAR)Fahrin, Izara Dan <b>Neelofa</b> Bintangi Pilot Cafe |

Posted: 05 May 2013 10:04 PM PDT


Satu lagi filem yang diadaptasi dari novel cinta popular ialah Pilot Cafe. Novel asal ditulis oleh Ahadiat Akashah dan pelakon-pelakon utama filem ini ialah pelakon kacak Fahrin Ahmad serta heroin popular Izara Aishah dan Neelofa.




Buat masa ini filem ini sedang dalam proses penggambaran. Diarahkan oleh pengarah Osman Ali, mampukah filem ini untuk mencatat kutipan memberangsangkan seperti filem adaptasi novel yang juga diarahkan oleh Osman Ali iaitu Ombak Rindu?

Trivia filem ini, watak utama yang dipegang oleh Fahrin Ahmad pada asalnya dikatakan akan dibawakan oleh aktor kacak Aaron Aziz. Namun mungkin masih belum ada rezeki untuk menyaksikan gandingan Aaron dan Izara Aishah. Kalau dua pelakon ini bergandingan pasti meletup. Fahrin Ahmad memegang watak lelaki utama bernama Kapten Ameer Reza, Izara memegang watak Maya manakala Neelofa memegang watak Sharmila.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Datuk Eizlan Yusuf, Keith Foo, Azad Jazmin dan ramai lagi. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang percintaan yang berputik di sebuah kafe.

Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Pilot Cafe.


Jangan lupa ke Karnival Seni Kreatif Kita pada 11 dan 12 Mei ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor. Karnival dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Bermacam-macam aktiviti menarik antaranya pameran, demonstrasi seni pertahanan diri Capoeira, persembahan kebudayaan, persembahan komedi "Lawak Ke Der" dan bermacam-macam lagi. Boleh bawa tikar dan makanan sambil berpiknik kita bersantai seni. Jom ramai-ramai!



















Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan