Nuffnang

Sabtu, 18 Mei 2013

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Cik Epal: Di hari Anugerah Bintang Popular 2012. Jumpa <b>Shaheizy</b> <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 06:55 PM PDT

Ahad lepas pergi ABP (Anugerah Bintang Popular). Selalu buat dekat Genting Highland. Tahun ni buat dekat Stadium Putra Bukit Jalil. Dekat je so lagi senang nak pergi. Pergi dengan Anne.Nak pergi dengan SS,dia malas pulak nak pergi benda-benda macam ni. Lagha katanya. Caittt podah. Dan dannn lah kau kata lagha. Tahun lepas kau pergi jugak. Tahun lepas tak lagha agaknya.  Tapi sebenarnya memang lagha pon.Tapi dah tahu lagha aku pergi jugak.Ye, aku memang hampeh sikit. muahahaha. Anne ni kejap dapat tiket media kejap dapat pas VIP. Last-last dapat 4 pas terus. 2 pas media,2 pas VIP. Haa pilih nak dok mana. Retis sungguh dia ni
Mula-mula cari seat dekat tempat VIP. Ramai jugak orang. Aku ingatkan best lah dok dekat VIP ni. Tapi tak ada lah best sangat.Jauh jugak dari pentas. Aku dok lah dalam 2 minit dekat tempat VIP. Sekali nampak tempat media ada plug. Memang laju je lah aku lari pergi tempat media. Wartawan lain guna plug untuk bukak laptop bagai. Aku rilek je main phone dok tweet sambil caj. Wartawan sebelah lain tengok berbulu je agaknya. Senang je kerja kau kan jadi media? Bawak handphone seketul je. Tu pon kerjanya dok melahar dekat twitter. muahahaha
Sampai-sampai je Bukit Jalil. Jumpa Nad Zainal. Comel sangat Nad Zainal ni. Dia ni memang friendly :)

Gambar dekat dalam stadium tak ada, malas nak ambil. Aku main twitter lagi bagus. Lagipon gelap dalam tu. Tangkap gambar muka pon nampak gigi je. Baik tak payah ambil. Tapi ABP tahun ni agak hambar lah. Johan je bagi aku lawak bila jadi pengacara.Tahun depan sila ambil Johan lagi please :D

Then pergi post party. Ramai sebenarnya artis dalam post party tu. Tapi ni je lah yang aku bergambar.

With Kilafairy,Lisa Surihani, Almy Nadia dan Wawa Zainal. Dalam 4 orang ni, Kilafairy paling best dan friendly. Maafkan saya semua muka aku bergambar sepesen Putih bak hang Zain Saidin ni.  Tergugat iols tengok. Tapi tak boleh dekat-dekat sangat, karang ada aksi tarik rambut pulak dengan Rozita Che Wan. Aku tarik rambut Che Ta, Che Ta tarik shawl aku pulak karang. Jangan risau Che Ta, saya bukan pencaras kepunyaan orang. Gituwww Dah bergambar dengan Zain Saidin,haruslah bergambar dengan Rozita Che Wan meletop ni pulak. Barulah seimbang. Che ta kurang friendly sikit lah. Sebenarnya aku tak ada lah pendek sangat. haha tetiba nak explain. Depa ni yang pakai kasut tinggi gila. Aku pakai flat je.Malas aku nak pakai kasut tinggi-tinggi, karang sakit kaki pastu melecet. Disebabkan itu aku nampak very the ketot metot. Tinggi aku 160cm hokayyy. (Dah abeh tinggi letteww)
With Nora Danish. Ramai kata Nora Danish ni kurang friendly dan agak kerek sikit. Tapi masa jumpa tu, kerek tak pasti lah. Tapi kurang friendly tu agak betul lah jugak haha
Nabila Huda dan Fazura memang friendly! Tapi dua-dua ni aku tak sempat pulak bergambar.
Tinggi nya engko ni Fahrin Ahmad!
Sebenarnya datang ABP nak jumpa Shaheizy Sam. Heee. Tak sangka Shaheizy Sam menang besar haritu. Menang artis paling popular dan bawak balek kereta lagi. Mungkin dengan kehadiran aku, dia menang besar pada hari tu kot. muahaha. Punya lah ramai nak interview dia ni. Memang berjanggut lah nak tunggu tangkap gambar dengan dia ni. Tapi tak apa, aku sabar menunggu.

Apesal muka aku cenggitu??
Datang-datang je dekat Shaheizy Sam tanya
Sam: eh mestilah ingat. Bakal isteri mana boleh lupa
CE: *terus lompat bintang*
Ok tipu. Sebenarnya dialog dengan Sam macam ni je
Sam: eh mestilah ingat. EPAL HIJAU kan? (erghh sam suka panggil aku epal hijau. Tak tahu apesal)
CE: Yayyy kenal! *tepuk tangan light-light*
Sam: Mestilah kenal awak. Saya kenal orang-orang saya.
Weee tak sia-sia aku menunggu kau ditemu ramah oleh semua wartawan Sam oiiii. Nasib baik dia kenal aku lagi. Kalau tetiba dia tanya "err siapa eh awak ni? lupa lah". Memang aku sodok trofi dalam mulut dia. muahahaha gila kejam
Ok disebabkan dia kenal aku,gambar dia kena lah ada dua dalam entry ini. Baru nampak special sikit. Kihkih. Walaupun tidak dirancang,tapi kita sama-sama pakai warna biru pada hari itu. auwww jom kawen! muahahaha parah dah aku ni.

Pelik aku dengan Shaheizy Sam ni. Dia dah kurus pon dia cakap dia gemok lagi. Eh dah kurus dah lah.Tak payah lah kurus kering sangat Sam oiii. Tapi walaupun kau gemok ke kurus ke, aku tetap menerima diri kau seadanya. Usahlah bimbang. HAHA (Sila lah lempang aku laju-laju)

Kebanyakan gambar semua dah upload dekat Instagram dulu. Boleh lah follow Instagram aku kalau nak follow :D

Ok tu je lah. Aku kalau cerita pasal Shaheizy Sam ni suka terbabas-babas tah kemana tah. Btw, tahniah Shaheizy Sam atas kemenangan!! hehe ok bye!

<b>Shaheizy Sam</b> Bagi Emaknya Hadiah Habib Jewels

Posted: 24 Apr 2013 08:00 PM PDT

Pada: Khamis, 25 April 2013 Selasa lalu berlangsungnya majlis penyerahan hadiah kepada para pemenang ABPBH 2012 di Hotel Holiday Villa .Dan menjadi perhatian adalah pemenang utama dari kategori Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam dengan hadiah utama Habib Jewels bernilai RM150,000 dan sebuah kereta Nissan 370z berharga RM350,000.

Yang paling membanggakan sekali barangan set Habib Jewels itu dihadiahkan Sam kepada emaknya, Khaty Fauziah sebagai perhargaan dan hadiah untuk pengorbanan dan jasa seorang ibu teradap anaknya.

"Beliau adalah penyokong setia dan pemangkin semangat saya. Tanpanya tidak adalah saya di sini. Jujurnya saya tidak mampu membalas jasanya yang cukup besar. Cuma hadiah kemenangan di ABPBH ini memang saya ingin berikan kepadanya," jelas Sam.
Pemenang bagi 16 kategori lain yang dipertandingkan turut memenangi pelbagai hadiah menarik daripada pihak penganjur seperti Habib Jewels dan Jamu Mak Dara. -sumber

Baik sungguh Sam ni, kalau ada isteri masa ini, pasti bahagia isterinya tu dapat barangan kemas.  kan3..


Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan