Nuffnang

Jumaat, 14 Jun 2013

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


<b>DIANA DANIELLE</b> SUDAH BERSALIN TIDAK BENAR

Posted: 10 Jun 2013 04:12 AM PDT

Khabar angin Diana Danielle sudah bersalin tidak benar

kosmo diana danielle bersalin diana danielle sudah bersalin tidak benar

Sebelum ini sebuah akhbar dalam laporannya mengatakan, Diana Danielle isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Australia

Pada masa yang sama, laporan itu diperkuatkan dengan sekeping foto yang menunjukkan Farid Kamil sedang memangku dan mencium seorang bayi, dari reaksi pada gambar itu jelas memperlihatkan ciri-ciri seorang ayah kelihatan pada diri Farid Kamil

Tambahan pula, foto yang dimuat naik di laman sosial Facebook dan Instagram milik Farid Kamil bersertakan kapsyen yang berbunyi:'Welcome to my world my boy #boy'

Peminat rata-ratanya teruja dengan kelahiran tersebut melahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini, namun perkara ini mula menimbulkan pelbagai spekulasi yang dilihat mengelirukan peminat apabila ada pihak yang tampil menjelaskan bayi yang didukung itu bukanlah anak Farid Kamil yang sebenar

anak saudara farid kamil diana danielle sudah bersalin tidak benar

Sebenarnya ramai yang sudah salah sangka bayi tersebut bukanlah bayi Farid dan Diana tetapi si comel itu anak kepada adik Farid, Anis Anwar

Dalam pada itu, Farid Kamil dan Diana kini sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir pada Julai ini

Terbaru, Farid Kamil tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi video berdurasi 36 saat di "Keek", Farid Kamil berkata yang Diana Danielle kini sedang menjalani proses matang kandungan di Australia dan dijangka bersalin pada 15 Julai akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan