Nuffnang

Ahad, 9 Jun 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>FARID KAMIL</b> KEMALANGAN MOTOSIKAL - mysumber.com

Posted: 04 Jun 2013 02:19 PM PDT

Pelakon dan pengarah Farid Kamil kemalangan motosikal

Suami kepada Diana Danielle yang merupakan aktor dan pengarah popular, Farid Kamil dilaporkan mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada motosikal mini Kawasaki KSR 110 yang ditungganginya pada Sabtu lalu, menurut beberapa laporan yang disiarkan media

motosikal farid kamil farid kamil kemalangan motosikal

Insiden itu dipercayai berlaku semasa Farid menunggang motosikal di sebuah litar di Subang Jaya

Berita kemalangan ini turut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group, David Teo, yang memberitahu tidak berkesempatan untuk melawat artis naungan syarikatnya itu, sebaliknya mendapat maklumat keadaan Farid dilaporkan stabil

Dalam pada itu, memetik laporan yang siarkan Mstar online, memaklumkan jurucakap pihak pengurusan Metrowealth berkata, Farid sudah dibenarkan pulang selepas mendapat  rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berehat di rumah pada Isnin lalu

Tambahnya, Farid turut diberi rehat selama seminggu daripada sebarang penggambaran dan mengatakan laporan mengenai bahunya patah adalah tidak benar

Difahamkan, Farid Kamil telah berpesan agar tidak mensensasikan tentang keadaan dirinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan