Nuffnang

Selasa, 4 Jun 2013

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Bintang Syurga <b>Maya Karin</b> - Gua.com.my

Posted: 03 Jun 2013 09:46 AM PDT

Setelah sekian lama tidak muncul dengan buah tangan terbaru dalam bidang nyanyian, aktres cantik jelita, Maya Karin kini tampil dengan single terbarun berjudul 'Bintang Syurga'. Kali ini Maya tampil dengan lagu berentak 'dance pop', ciptaan sepenuhnya oleh Omar K dan Audi Mok .

"Lagu ini mengisahkan mengenai hati yang bebas daripada cinta yang merumitkan jiwa. Single terbaru ini tampil berbeza dan punyai kelainan tersendiri kerana lagu ini mempunyai 'mood' yang segar dan ceria,. Berbeza daripada lagu-lagu saya sebelum ini yang kebanyakannya mempunyai 'mood' dan nuansa irama pop balada," jelas Maya yang telah sembilan tahun tidak bergiat aktif dalam bidang nyanyian.

Maya yang ditemui pada majlis memperkenalkan 'single' terbarunya di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan ini menjelaskan yang dia telah mengikat kontrak bersama Warner Music dan kini segala urusan seni Maya diuruskan oleh mereka.

"Kini kerjaya seni saya diuruskan oleh Warner Music. Bukan sahaja daripada segi nyanyian, malah cabang seni saya yang lain seperti bidang pengacaraan dan lakonan juga akan diuruskan oleh mereka. Saya sangat yakin dengan pihak pengurusan sekarang. Ada perkara yang sangat positif membuatkan saya percaya pada mereka," jelas heroin filem 'Lagenda Budak Setan 2' ini.

"Saya melihat apabila saya berada di bawah naungan Warner Music, komitmen nyanyian saya akan meningkat dan peluang dalam bidang seni suara akan bertambah, sama seperti komitmen saya dalam bidang lakonan. Selepas single ini, saya akan masuk ke studio dan merakamkan album penuh. Album itu nanti akan berkonsepkan pop dan ceria, tetapi ada sisi matang yang akan saya tampilkan," ulas Maya lagi.

Dalam perkembangan lain, Maya yang baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem 'Nota' disamping Hans Isaac ini mengakui yang dia kini dalam proses mengenali hati budi seseorang. Enggan mendedahkan siapakah jejaka bertuah tersebut, dia berserah semuanya kepada ketentuan dan Maya hanya bersikap 'just go with the flow'. Maya menjelaskan yang dia kini tidak tergesa-gesa untuk mencari sebuah perhubungan yang serius. Maya mahukan lelaki bersifat berdikari, cerdik, menghormati orang lain dan 'adventerous'.

 'Bintang Syurga' kini boleh ditonton di laman YouTube dan corong-corong radio. Lagu ini juga bakal berada di pasaran iTunes bermula 11 Jun 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan