Nuffnang

Sabtu, 22 Jun 2013

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


<b>Nubhan</b> Kembali Dengan Semangat Baru - Gua.com.my

Posted: 07 Mar 2013 12:00 AM PST

Jika anda masih ingat, tidak beberapa lama dahulu, penyanyi Nubhan pernah  mendedahkan dia diabaikan oleh syarikat pengurusannya, Artistes United Records (AUR). Selain tidak menguruskan kerjayanya dengan baik, Nubhan juga tidak pernah mendapat bayaran royalti.

Kini Nubhan tidak lagi bersama AUR, sebaliknya bernaung di bawah pengurusan sendiri, Nubhan Records & Productions. Ketika ditemui di sidang media single terbarunya pada Selasa, Nubhan memberitahu dia selesa dengan pengurusan sendiri kerana berasa lebih bebas membuat keputusan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan kini lebih selesa dengan pengurusan sendiri. Saya rasa lebih bebas dalam membuat keputusan demi kepentingan kerjaya saya. Bagaimanapun, untuk penerbitan single, album mahupun urusan promosi, saya bekerjasama dengan Nova Music. Setakat ini saya gembira dengan usaha yang mereka lakukan untuk saya," ujar Nubhan berkongsi cerita tentang perkembangan kerjayanya sebagai penyanyi.

Selepas lima tahun berada di dalam industri muzik, Nubhan masih menganggap dirinya orang baru dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memajukan diri. Dalam masa yang sama, jejaka berusia 27 tahun ini menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran dalam melalui kehidupannya sebagai anak seni.

"Walaupun saya sudah lima tahun terlibat dalam dunia nyanyian, tetapi saya anggap saya masih baru dalam bidang ini. Tempoh lima tahun yang berlalu memberikan saya pelbagai pengalaman dan pengajaran untuk menjadikan saya lebih berjaya di masa akan datang," luah Nubhan.

Kembali dengan semangat baru, Nubhan tampil mempertaruhkan single terbaru berjudul 'Cinta Kasih' yang menyaksikan dia berduet dengan Mila Jirin. Harapan Nubhan, single terbarunya itu akan mendapat sambutan baik di kalangan peminat muzik.

"Saya harap peminat boleh menerima baik lagu ini.  Selain itu saya juga sedang mencari material untuk menghasilkan single yang seterusnya," ujar Nubhan ketika ditemui di majlis pelancaran 'Cinta Kasih' di RedBox, The Gardens Mall baru-baru ini.

Berbicara soal cinta, Nubhan memberitahu buat masa ini dia mahu fokus dengan kerjayanya dahulu. Bagaimanapun, tidak menolak seandainya ada insan yang berjaya mengetuk pintu hatinya.

"Sekarang ini saya tidak mahu fikir soal cinta. Saya mahu fokus kepada karier. Saya juga tidak bercadang untuk mencari teman istimewa atau mengenali sesiapa. Bagaimanapun, soal jodoh ini kita tidak boleh jangka, jika sudah tertulis jodoh saya sampai dalam waktu terdekat ini, saya tidak akan menolak. Lagipun umur saya sudah menginjak ke 27 tahun. " ujar Nubhan mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan