Nuffnang

Rabu, 12 Jun 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Tiket Perlawanan Persahabatan Malaysia XI vs Chelsea 2013 <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 07:16 PM PDT

JADUAL PERLAWANAN CHELSEA VS MALAYSIA 2013

Peminat bola sepak Chelsea dan Harimau Malaya jangan lepaskan peluang ini. Juara Europa League 2012/2013 bakal singgah di Malaysia dalam program Asia Tour sebelum memulakan kempen musim depan. Kita masih lagi menanti pengumuman rasmi siapa yang bakal menerajui pasukan Chelsea setelah kontrak Benitez tamat.

Mengikut khabar angin, Jose Mourinho akan kembali mengendalikan pasukan Chelsea semula (sebelum ini 2004-2007). Harap-harap selepas ini Roman belajar sesuatu tentang pengurusan sesebuah kelab yang memerlukan stabilty dan pelan jangka masa panjang.

Lawatan ini merupakan kunjungan kali ke-3 Chelsea ke Malaysia. Pada tahun 2008 mereka menang 2-0 dan 2011 menang tipis 1-0 dengan pasukan B-23 Malaysia. Sebelum ke Malaysia, Chelsea mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Thailand, Singha All-Star di Bangkok pada 17 Julai sebelum mengakhiri jelajah dengan menentang BNI Indonesia All-Stars di Jakarta, pada 25 Julai.

Cara nak beli tiket Malaysia XI vs Chelsea 2013 | Asia Tour

Tiket dijual pada harga RM58, RM88, RM108, RM308 manakala VIP, RM408 dengan jumlah terhad. Khas untuk hujung minggu ini kepada mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket di semua kedai Adidas seluruh negara dari 30 Mei - 2 Jun.

Mulai Isnin depan (3 Jun), tiket boleh didapati menerusi cawangan Ticketpro seluruh negara atau talian hotline 03-7880-7999 dan secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my.


Malaysia XI vs Chelsea

21 Julai 2013 (Ahad)

Stadium Shah Alam

9.45 pm

Perlawanan selepas solat terawih. Harap maklum ye.

Like jika anda suka entri ini dan share dengan rakan anda ;) Tq

Entri berkaitan : bola sepak, FAM, friendly, harimau malaya, jadual, malaysia, siaran langsung, tiket percuma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan