Nuffnang

Selasa, 2 Julai 2013

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


<b>Raja Farah</b> Nafi Tinggalkan Dunia Lakonan Kerana Bisnes

Posted: 31 May 2013 10:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Aktor Raja Farah atau nama sebenar Raja Farah Binti Raja Aziz, 25, akui amat selesa menjalankan perniagaan tudung dan juga kedai Snogurt yang terletak di Metro Point Complex, Kajang.

Namun begitu dia menafikan spekulasi yang mengatakan dia akan meninggalkan dunia lakonan.

"Bukan tidak mahu berlakon tetapi banyak syarat yang perlu dipertimbangkan apatah lagi dengan status saya yang kini sudah bergelar isteri. Apa yang saya lakukan harus ada persetujuan dari suami dan disebabkan itu saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

"Lagipun suami lebih mengalakkan Farah berniaga. Pada mulanya Farah ingin juga berlakon selepas mendirikan rumah tangga tetapi bila melihat situasi dan memikirkan suami Farah jadi serba salah dan baru tahu mengapa suami tidak galakkan Fara untuk terus dengan bidang lakonan."

Ujarnya lagi, kesibukan menguruskan perniagaannya itu antara faktor lain dia terpaksa menolak tawaran berlakon.

"Farah buat masa ini tengah seronok berniaga. Biarlah fokus dengan perniagaan ini dahulu," ujarnya yang ditemui di Perhimpunan Jutaan Hari Belia di Putrajaya baru-baru ini.

Setelah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun pastinya pasangan merpati dua sejoli ini menginginkan anak sebagai pengikat kasih sayang. Itu antara keinginan yang dikongsi wanita yang manis berhijab tatkala ditanya tentang cahaya mata.

"Kalau ikutkan kami tidak pernah merancang untuk dapat anak apatah lagi pada awal perkahwinan Farah dan suami tidak terlalu fokus untuk perkara tersebut tetapi selepas usia perkahwinan kami berusia tiga tahun keinginan itu mulai muncul.

"Melihat suami bermain dengan anak kecil, naluri hati sebagai seorang perempuan untuk mendapatkan anak lebih dalam dan kami sudah bersedia ke arah itu."

Tambah Farah lagi, dia ada berjumpa dengan doktor dan beliau menasihatinya agar lebih banyak berehat.

"Alhamdullilah, saya mempunyai suami yang sangat-sangat memahami, dia banyak sokong saya dan kami sama-sama berdoa agar dikurniakan cahaya mata."

Dalam perkembangan lain, Farah bakal menjadi pengacaran bagi salah sebuah rancangan Travelog yang akan disiarkan Astro Oasis untuk musim ke-9 dan 10 bersama Aktal Sahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan