Nuffnang

Isnin, 26 Ogos 2013

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


MyEkspresi Cabar <b>Azhar Sulaiman</b> Sebagai Pengacara

Posted: 13 Jun 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Biarpun lebih dikenali sebagai pelakon, namun itu tidak menghalang buat aktor popular sekitar 90-an, Azhar Sulaiman untuk menyahut cabaran sebagai pengacara sebuah rancangan tari menari, MyEkspresi.

Ditayangkan di TV2 yang disiarkan pada setiap Sabtu jam 9 malam, MyEkspresi merupakan sebuah program khusus untuk mencari pereka tari muda yang diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan stesen TV RTM.

Penerbit Eksekutif rancangan berkenaan, Ezlina Alias berkata, pemilihan Azhar Sulaiman dilihat bertepatan dengan konsep program itu yang boleh dikatakan serius kerana mencari pereka tari dan dalam masa masa yang sama dapat memberikan hiburan kepada penonton.

"Memang pada asalnya di peringkat uji bakat, Anding Indrawani sepatutnya menggalas peranan sebagai pengacara. Namun kerana komitmennya untuk pementasan teater Chow Kit Road, dia terpaksa melepaskannya tanggungjawabnya itu.

"Sebelum Azhar Sulaiman, kita juga ada melihat calon lain seperti pelakon Zulhuzaimy untuk diberi mandat penting ini. Namun akhirnya rezeki berpihak kepada Azhar Sulaiman. Apa yang pasti, dia bukan asing dalam dunia pengacaraan biarpun lebih dikenali sebagai pelakon.

"Kami merasakan karisma dan kredibiliti Azhar Sulaiman menjadi batu loncatan untuk beliau menjadi hos rancangan ini. Malah kami di JKKN dan RTM juga berbangga kerana menjadi yang pertama menghasilkan program pencarian pereka tari kerana selama ini lebih banyak pertandingan mencari penari. Tambahan pula tak ramai di luar sana mengetahui skop tugas seorang pereka tari berbanding penari" kata Ezlina.

MyEkspresi memberi ruang kepada insan kreatif untuk mengembangkan bakat dalam seni mereka cipta karya tari kreatif mengikut acuan tempatan selain kreativiti dalam pelbagai cabang seni tari lainnya.

Pertandingan peringkat suku akhir pertama dan kedua sudahpun berlangsung baru-baru ini dan telah menyaksikan dua penyingkiran. Uji bakat awal memperlihatkan 70 peserta diserap dan dikecilkan menjadi 40 orang. Ia kemudiannya digenapkan menjadi hanya 16 peserta.

Peminat boleh mengikuti perkembangan program berkenaan menerusi laman sosial Facebook 'fanpage' JKKN dan peringkat akhir MyEkspresi akan berlangsung pada 22 Jun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan