Nuffnang

Selasa, 20 Ogos 2013

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


<b>Dayang Nurfaizah</b> Rai Anak-Anak Yatim - Gua.com.my

Posted: 11 Jul 2013 03:32 PM PDT

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, penyanyi popular Dayang Nurfaizah bersama-sama dengan Hotel Prince Kuala Lumpur telah berkolaborasi menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim daripada Persatuan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKMM) pada Khamis.

"Alhamdulillah sekali lagi pada tahun ini Dayang dapat membuat aktiviti kebajikan bersempena dengan bulan Ramadhan.  Terima kasih juga kepada Hotel Prince, Kuala Lumpur kerana sudi bekerjasama dengan Dayang untuk menjayakan majlis pada hari ini," ujar Dayang  ketika ditemui selepas majlis selesai.


Pada setiap tahun acara seperti ini merupakan acara rutin bagi Dayang kerana baginya kanak-kanak ini sungguh istimewa dan patut diraikan kerana mereka ini adalah insan-insan istimewa yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan.

"Setiap tahun Dayang akan mengadakan majlis berbuka puasa dengan persatuan ini kerana bagi Dayang mereka ini merupakan sebahagian daripada kehidupan Dayang dan ada di antaranya sudah Dayang kenali sedari awal lagi kerana pada tahun-tahun sebelum ini mereka juga telah diundang ke majlis seperti ini. Kanak-kanak ini perlulah diberi perhatian kerana mereka ini lah yang akan menjadi pewaris kepada bangsa kita suatu hari nanti," katanya kepada GUA.

Pada Majlis itu juga Dayang sempat menghiburkan tetamu dengan menyanyikan beberapa buah lagu antaranya ialah 'Seandainya Masih Ada Cinta', dan beberapa buah lagu raya. Dalam masa yang sama, Dayang juga turut dikejutkan dengan sambutan ulangtahunnya yang ke-32 tahun yang diraikan lebih awal dari tarikh lahirnya yang sebenar iaitu pada 20 Julai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan