Nuffnang

Isnin, 19 Ogos 2013

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


“Dalam Usia Begini, Saya Hanya Mencari Cinta Sejati" - <b>Nur Fazura</b> <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2013 08:37 AM PDT

ohartis-nurfazura-1

Kecantikan aktres popular, Nur Fazura memang tidak mampu disangkal. Mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam industri hiburan tidak membuat Fazura mendabik dada tetapi dia sentiasa seorang yang merendah diri dan peramah.

Disaat meniti usia kematangannya Nur Fazura, 30, tidak dapat lari daripada ditanya soal jodoh. Pasti ramai yang ingin tahu siapakah gerangan jejaka bertuah yang mampu memiliki hati gadis cantik ini. Namun, persoalan itu dibiarkan sepi kerana Fazura menganggap soal hati dan perasaan tidak perlu terlalu dicanangkan. Bukan niat untuk berahsia tetapi mengakui hatinya masih belum terisi.

Dalam usia sebegini, saya hanya mencari cinta sejati. Saya mendambakan seorang lelaki budiman dan mampu menjadikan saya seorang wanita yang sempurna." jelas Fazura.

Pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin ini pernah beberapa kali dikaitkan dengan lelaki daripada golongan atasan namun ianya hanyalah sekadar khabar angin kerana sehingga kini masih belum terbukti kebenarannya.

"Memang benar harta dan wang ringgit adalah penting tapi ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan. Banyak contoh yang saya lihat mengesahkan bahawa wang ringgit bukanlah segala-galanya.

"Dan seperkara yang saya cuba elakkan adalah hidup bermadu. Memanglah soal ini sangat subjektif tapi kalau boleh saya elak, saya akan cuba elak." jelas Fazura lagi.

Apa pula sajian mata untuk kempen ‪#‎5malam4hari‬ dari TV9 untuk anda hari ini? Sudah tentulah rancangan-rancangan yang menarik yang memang sudah dijangkakan. Jom bergelak ketawa sesama keluarga, sahabat handai mahupun saudara-mara sambil mengeratkan hubungan yang lama terpisah bersama. ×

Fazura turut menafikan gosip cinta antaranya dengan pelakon Shaheizy Sam dan menegaskan hubungan itu tidak lebih dari sekadar teman biasa. Dalam masa yang sama, Fazura bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat memahami dan tidak pernah memaksa dirinya untuk segera berumahtangga selagi dia belum betul-betul jumpa calon yang sesuai.

OHARTIS: KAMI DOAKAN FAZURA CEPAT TEMUI JODOH. TAK SABAR NAK TENGOK PRINCE CHARMING FAZURA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan