Nuffnang

Khamis, 19 September 2013

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Soo Winnci Kekok Bersama <b>Akim</b> Ahmad - Gua.com.my

Posted: 11 Sep 2013 09:10 PM PDT

Memilih Akim Ahmad sebagai hero untuk video muzik 'Musim Asmara', Soo Wincci memberitahu dia mengambil Akim kerana wajahnya mirip bekas teman lelaki Wincci. Malah menurut Wincci, penyanyi lelaki itu juga sedia maklum mengenai hal tersebut.

"Memang Akim merupakan pilihan pertama saya untuk menjadi hero bagi muzik ini kerana saya meminati suara dan imej Akim. Jadi, saya cadangkan dia untuk bekerjasama dalam video muzik ini," ujar Wincci ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video tersebut di Red Box Ria Sogo, Kuala Lumpur pada Rabu.

Walaupun mempunyai jadual yang ketat, namun komitmen yang diberikan oleh Akim begitu dihargai oleh Wincci. Mereka turut keluar berbincang beberapa kali bagi mewujudkan interaksi antara mereka, selain mencari keserasian.

"Pada mulanya memang kami ketawa apabila memandang satu sama lain. Mungkin kerana kami memang berkawan dan apabila perlu berlakon sebagai pasangan kekasih, kami berasa sedikit kekok. Agak sukar untuk mewujudkan keserasian antara kami, tetapi lama- kelamaan kami berjaya untuk menimbulkan kemesraan itu," katanya.

Wincci mengakui yang dia meletakkan harapan yang begitu tinggi untuk video muzik yang menelan kos sebanyak RM50,000 itu. Dia ingin membuktikan bahawa Malaysia juga mampu menghasilkan klip video berkualiti.

"Kami menjalani penggambaran selama sehari di Jalan Klang Lama dan pengarah, Abhilash Chandra ingin fokus kepada sinematografi untuk muzik video ini. Malah ia menelan belanja yang tinggi kerana menggunakan alatan-alatan serta kamera yang berkualiti," ujar Wincci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan