Nuffnang

Isnin, 9 September 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Umum Nama Anak Di Astro, <b>Farid Kamil</b> Nafi Jual Anak |

Posted: 05 Sep 2013 10:09 PM PDT


Jual di dalam istilah ini ialah menggunakan anak untuk mendapatkan keuntungan. Abang Nara faham mengapa tuduhan sebegini dikeluarkan terhadap Farid Kamil. Mana tidaknya, sehingga ke hari ini Farid dan Diana langsung tidak memberitahu mana-mana pihak nama anak sulung mereka. Malah gambar anak mereka pun jarang dikongsi menerusi mana-mana media.

anak farid kamil

Rupa-rupanya pengumuman tersebut akan dilakukan menerusi sebuah rancangan Astro tidak lama lagi. Buat masa ini, hanya pangkal nama anaknya sahaja diketahui iaitu Muhammad. Kata Farid:-

Isteri dan anak saya telah balik ke sini dari Australia beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Sekarang ini mereka berada di rumah ibu bapa saya di Alor Setar, Kedah. Astro berminat untuk menyiarkan rancangan khas tentang anak dan isteri saya itu.

Jual anak? Tidak. Saya sebenarnya dah fikirkan awal-awal lagi perkara ini. Sebab tu ada beberapa langkah berjaga-jaga yang akan di ambil. Walaupun saya dah kongsi dua keping gambar anak saya di Instagram, tapi nilai eksklusif anak saya masih ada. Lagipun persetujuan saya dengan pihak stesen tersebut berlaku selepas saya memuat naik gambar anak saya itu

farid kamil

Buat masa sekarang, Diana Danielle dan anak mereka sudah pun berada di Malaysia dan sedang berehat di rumah ayah Farid Kamil di Kedah. Selain majlis memperkenalkan anaknya, Farid Kamil juga bercadang untuk mengadakan majlis khatam Al Quran dan aqiqah. Semoga semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.
farid kamil
Secara jujur, memang agak pelik apa yang dilakukan oleh Farid Kamil kerana ini adalah kali pertama ia terjadi di Malaysia. Adakah selepas ini selebriti lain akan mengikut apa yang dilakukan oleh Farid Kamil? Adakah peminat akan terpaksa menunggu rancangan khas Astro baru dapat menatap wajah anak selebriti kesayangan mereka? Apa pendapat anda?

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan