Nuffnang

Sabtu, 7 September 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


<b>Hans Isaac</b> Tak Gentar Lawak Ke Der 3 Tanpa Jozan - Murai.com.my

Posted: 04 Sep 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks & Foto oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2013: Setelah berjaya menempa kejayaan menerusi pementasan Lawak Ke Der musim pertama dan kedua, kini ianya kembali buat musim ketiga menerusi Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya pada 3 hingga 6 Oktober ini.

Bagaimana pun, barisan pelawak untuk Lawak Ke Der 3 berubah apabila hanya mengekalkan Nabil Ahmad dan Harith Iskandar daripada pementasan yang lalu dan menampilkan muka baru seperti Doughlas Lim dan Kumpulan Jambu untuk menggantikan tempat Jozan dan Boboi.

Penerbit Tall Order Production (TOP), Hans Isaac berkata perubahan itu dilakukan bagi memberikan suntikan baru yang lebih segar buat pementasan Lawak Ke Der 3.

"Ini cara saya untuk berikan pembaharuan di dalam Lawak Ke Der 3 supaya pengisiannya nanti lebih segar. Lagipun, saya mahu memberi peluang kepada semua pelawak untuk beraksi di Lawak Ke Der, bukan hanya mengekalkan wajah yang sama.

"Saya memilih Douglas Lim kerana pada saya dia ada bakat semulajadi dalam melawak dan saya mahu tampilkan kelainan apabila dia bakal membuat persembahan lawak dalam Bahasa Melayu selama 30 minit walaupun dia mengaku kurang fasih.

"Saya pasti ianya tidak boleh ditonton di mana-mana kecuali di pentas Lawak Ke Der 3.

"Sementara itu, Kumpulan Jambu pula saya pilih kerana mereka telah berjaya buat saya ketawa dalam program Maharaja Lawak.

"Padahal sebelum itu, terus-terang saya sediri tidak mengenali siapa mereka..

"Ternyata, mereka punya kelebihan tersendiri yang saya yakin mereka dapat tampilkan kelebihan di pentas berprestij Istana Budaya," katanya dalam sidang media Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, semalam.

Lawak Ke Der diperkenalkan buat pertama kali di Istana Budaya pada tahun 2011.

Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dnegan Lawak Ke Der 2.

Apabila ditanya, adakah Hans Issac tidak rasa terjejas atau gusar jika Lawak Ke Der 3 tidak mendapat sambutan seperti sebelum ini selepas ketiadaan Jozan kali ini, Hans akui langsung tidak memikirkannya.

"Saya tak rasa terjejas, malah saya tidak pernah terfikir mengenai itu walaupun saya akui mereka popoular.

"Tetapi saya yakin, mereka yang menonton Lawak Ke Der bukan sahaja dikalangan peminat Jozan tetapi dikalangan mereka yang mahukan hiburan ringan.

"Malah, ketika pementasan sebelum ini, peminat Jozan pun akhirnya jadi peminat Harith Iskandar selepas melihat keseluruhan Lawak Ke Der. Tak jadi masalah kalau peminat Jozan datang kerana saya akan pastikan mereka dapat dihiburkan," jelasnya lagi.

Tiket bagi menyaksikan Lawak Ke Der 3 sudah boleh dibeli secara online di www.ticket2u.bizatau datang terus ke kaunter boxoffice di Istana Budaya. Harga tiket dijaula dari harga RM43 hingga RM193.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan