Nuffnang

Isnin, 7 Oktober 2013

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fahrin Ahmad</b> Cerita Tentang Jodoh - Gua.com.my

Posted: 02 Oct 2013 05:46 PM PDT

Pelakon Fahrin Ahmad memberitahu pengalaman perhubungannya dia masa lalu adalah pembelajaran yang paling berharga buat dirinya.

"Ramai orang bertanyakan kepada saya mengenai cinta dan perkahwinan. Saya yakin satu hari nanti akan tiba masanya. Ada juga orang mengaitkan dengan pengalaman perhubungan saya yang lalu. Bagi saya, mana-mana perhubungan adalah pembelajaran berharga buat saya," cerita Fahrin memulakan perbualan.

Acapkali diasak dengan soalan berkaitan jodoh dan cinta, pelakon yang mula dikenali menerusi filem 'Puaka Tebing Biru' ini menjelaskan yang dia yakin pasti ada jodoh untuknya kelak.

"Saya pasti jodoh ada untuk saya. Cuma belum sampai lagi. Saya sudah berdoa, saya sudah berusaha, tapi nasib sahaja belum menyebelahi saya. Kadang-kadang kesibukan dan persekitaran  menghadkan saya untuk berkenalan dengan ramai orang dari bidang berlainan. Jadi, saya hanya berserah," tutur Fahrin lagi ketika ditemui di Majlis Kolaborasi Antara Rafflesia dan Cardiff City FC di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur pada Rabu.

Fahrin juga memberitahu GUA bahawa ada akaun Instagram di luar sana yang menggunakan namanya untuk mendapatkan pengikut.

"Ada pihak yang mendaftar akaun Instagram menggunakan nama saya dan mengumpul pengikut lebih kurang sebanyak 25,000 orang. Selepas mengumpul pengikut sebanyak itu, pihak tersebut menukar nama akaun Instagram tersebut kepada nama mereka. Ingin saya nyatakan di sini, akaun Instagram saya hanyalah '@fahrinahmad_fa', yang lain bukan milik saya," ujar Fahrin lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Fahrin baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk telemovie istimewa sempena sambutan Aidiladha nanti bertajuk 'Lambaian Baitullah' yang menggandingkan dia bersama Intan Ladyana, arahan pengarah prolifik Murali Abdullah.

Kini, Fahrin sedang sibuk di set penggambaran telemovie arahan sutradara Shuhaimi Lua yang bertajuk 'Hadiah Dari Syurga' untuk siaran sempena Maal Hijrah nanti. Filem terbaru Fahrin, 'Pilot Café', hasil adaptasi daripada novel popular nukilan Ahadiat Akashah bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia pada pertengahan tahun hadapan. Filem arahan Osman Ali itu bakal menyaksikan gandingan Fahrin bersama Neelofa, Remy Ishak dan Izara Aishah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan