Nuffnang

Khamis, 3 Oktober 2013

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


<b>Mizz Nina</b> Idam Duet Dengan Justin Timberlake - MyNewsHub

Posted: 03 May 2013 07:15 PM PDT


PETALING JAYA – Penyanyi Mizz Nina berhasrat untuk berduet dengan artis terkenal Amerika Syarikat iaitu Justin Timberlake jika berpeluang pada masa hadapan.

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 32, berkata, dia sangat meminati penyanyi itu kerana aura dan bakat semula jadi yang terdapat pada Justin cukup mengagumkan.

"Kolaborasi dengan Justin adalah impian menjadi kenyataan jika ia terjadi kerana saya memang meminatinya. Saya juga memasang angan-angan untuk bekerjasama dengan Janet Jackson dan penyanyi rap, Ludacris," jelasnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Nina, peluang itu mungkin tipis kerana sukar untuk dia berhubung dengan pihak pengurusan Justin di Amerika Syarikat.

"Bukan mudah untuk mendapatkan artis terkenal seperti Justin tetapi jika suatu hari nanti ada rezeki dia pasti menjadi pilihan saya," katanya.

Sebelum ini Nina pernah melakukan kolaborasi dengan artis terkenal Amerika Syarikat seperti Colby O'Donis dan Flo Rida. Terbaharu Nina muncul dengan single Around The World bersama bintang K-Pop terkenal, Jay Park.

Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh itu bakal mengadakan sebuah konsert 'Around The World' pada 18 Mei depan di KL Live @ Life Center. Ia akan diadakan kira-kira sejam bermula pukul 8.30 malam.

Dalam pada itu, Nina berkata, bagi persediaan konsert tersebut dia juga menghadiri kelas vokal bagi memantapkan persembahan pada malam itu nanti.

Bakal diiringi pemuzik 'live', Nina memberitahu dia mahu persembahan pada malam itu nanti sempurna dan dapat menggembirakan peminat yang hadir.

"Kebanyakan lagu saya adalah berentak rancak dan memerlukan stamina yang tinggi dan selain menghadiri kelas vokal saya juga giat melakukan senaman supaya dapat memberikan persembahan terbaik buat peminat," ujarnya.

Peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert tersebut boleh melayari laman www.redtix.airasia.com atau di semua cawangan Rock Corner dan Victoria Music.

Tiket-tiket dijual pada harga RM70 (pra-jualan) dan RM100 (di pintu masuk konsert). - mStar Online

Anda mungkin juga meminati:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan