Nuffnang

Selasa, 1 Oktober 2013

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


Dadah: Mahkamah Bebaskan <b>Saiful Apek</b> ~ DUNIACACAMARBA <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2013 05:22 PM PDT

Selasa, 1 Oktober 2013 " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

[Kosmo] PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret di sini semalam daripada pertuduhan memasukkan dadah kanabis dalam badan tiga tahun lalu.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, dan tiga pekerjanya sebelum ini telah dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama pada akhir kes pendakwaan pada 25 Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Mei lalu mengarahkan mereka berempat membela diri daripada pertuduhan tersebut selepas membenarkan rayuan pendakwaan. - 1/10/13

'Saya dianiaya'

[HM] Petaling Jaya: Nasib menyebelahi pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek buat kali kedua apabila dia bersama tiga lagi pekerjanya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam daripada tuduhan memasukkan ganja ke dalam badan, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, Shaiful Baharom, 26, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 30, serta Noremy Mohamad, 30. Pada 25 Jun tahun lalu. 

Mahkamah Majistret membebaskan semua tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Bagaimanapun, pada 22 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan mereka membela diri. 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, pada 11 malam, 12 Jun 2010. 

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, di awal prosiding bela diri kes itu, Saiful Apek memilih untuk memberi keterangan bela diri dari dalam kandang tertuduh, sekaligus menafikan hak pendakwaan untuk memeriksa keterangan itu. 

Dalam keterangannya setebal sembilan muka surat itu, Saiful Apek menafikan sekeras-keras spesimen air kencing miliknya diambil polis susulan tangkapan.

"Saya juga menyatakan bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah terutamanya yang membabitkan sebarang penggunaan dadah terlarang.

"Saya percaya telah dianiaya oleh pihak-pihak yang dengki dengan kerjaya saya sebagai artis," katanya. 

Selain Saiful Apek, dua lagi tertuduh, Shah Zainatull Eshan dan Noremy masing-masing turut memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh. 

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, Saiful Apek melahirkan kesyukuran kerana dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas tiga tahun naik turun mahkamah. 

"Saya berterima kasih kepada peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantu," katanya. 

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad ketika ditemui memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan kes itu ke Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat. - 1/10/13

:: Info Panaz ::: Dadah: <b>Saiful Apek</b> dan 3 lain bebas

Posted: 30 Sep 2013 06:15 PM PDT

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya sekali lagi dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret daripada pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, tiga tahun lepas.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, dan tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kesemua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun lepas.
Ahmad Solihin membebaskan Saiful Apek dan pekerjanya selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Saiful Apek ketika membela diri berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah membabitkan penggunaan dadah.
"Saya percaya saya telah dianiaya oleh pihak yang dengki dengan kerjaya saya sebagai artis," katanya.
Pelakon itu turut memaklumkan mahkamah bahawa dia tidak pernah mengambil atau menghisap apa-apa jenis dadah.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad, ketika ditemui di luar mahkamah, memaklumkan media pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dalam masa terdekat.
Sementara itu, Saiful Apek berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah yang sekali gus memberi satu harapan baharu buat dirinya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan