Nuffnang

Khamis, 28 November 2013

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


<b>Amyza Aznan</b> Mengamuk Dikatakan Gugur Kerana Karma |

Posted: 24 Nov 2013 05:41 PM PST


Hati ibu mana yang tidak kecewa apabila bayi yang dikandung disahkan gugur oleh doktor. Itulah yang terjadi kepada Amyza Aznan Jumaat lalu apabila bayi keempatnya gugur setelah 2 bulan dalam kandungan. Kesedihan itu pastinya bertambah apabila ada pihak menuduh keguguran itu adalah karma buat Amyza.

amyza

Tuduhan yang dilakukan menerusi sebuah forum terkemuka telah menimbulkan kemarahan yang amat kepada Amyza Aznan. Kalau Abang Nara pun mesti panas hati. Menurut si penuduh, keguguran itu terjadi kerana tindakan Amyza yang pernah memijak perut seorang ibu yang hamil. Abang Nara tak tahu benar atau tidak tuduhan tersebut.Yang nyata, Amyza mengamuk di Twitter angkara kata-kata yang dilemparkan.
amyza

Secara ikhlas, setahu Abang Nara dalam agama Islam tidak ada istilah karma. Hanya ada qada dan qadar. Marilah kita berfikir secara logik. Ambil contoh pembunuhan yang terjadi kepada pegawai bank Ambank baru-baru ini. Kalau nak ikutkan hukum karma, si pegawai bank sepatutnya telah menembak orang lain dulu sebelum dirinya ditembak. Itu baru betul hukum karma. Tak gitu?

amyza

Semoga Amyza Aznan tabah dengan dugaan ini. Jangan dilayan sangat orang yang sengaja nak menimbulkan kemarahan kita. Mungkin dia jeles Amyza badan macam anak dara walaupun sudah anak tiga. Itu yang buat tuduhan mengarut tak ingat. Lagipun orang macam ini lagi dilayan lagi seronok mereka. Jadi buat tak tahu adalah langkah yang terbaik. Apa pendapat anda?

P.S: Kucing HERO aka Abam Iyo sudah meninggalkan kita

Baca Yang Ini Pulak:-

Aku Gugur Bukan Kerana Karma - <b>Amyza Aznan</b> | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 24 Nov 2013 04:05 PM PST

Aku Gugur Bukan Kerana Karma   Amyza Aznan

Jumaat lepas, Amyza Aznan baru sahaja mengalami keguguran setelah dua bulan mengandungkan cahaya mata keempatnya dan berita sedih itu turut dikongsikan oleh pelakon tersebut menerusi laman sosialnya.

Still feel the sound of your heart beat baby….you're 8weeks 2days old today. Can't forget this date…Friday 22nd November…u've gone…..

Susulan berita itu, rata-rata pengikut melahirkan rasa simpati serta mengucapkan takziah kepada Amyza sekeluarga.

Namun begitu, ada juga cerita kurang enak kedengaran apabila berita keguguran pelakon tersebut dilihat menjadi bahan mainan segelintir haters.

Aku Gugur Bukan Kerana Karma   Amyza Aznan Amyza nafi kegugurannya disebabkan karma

Menyedari berita kegugurannya mendapat kritikan daripada segelintir pihak tidak bertanggungjawab, pelakon tersebut akhirnya meluahkan perasaannya di laman sosial dengan mengatakan bahawa, dia tidak kisah jika peminat ingin memandang serong terhadap dirinya, akan tetapi tidak mengenai berita kematian anak di dalam kandungannya.

Dalam pada itu, Amyza turut menyangkal dakwaan kononya dia gugur disebabkan karma dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu kenyataan kurang sopan.

Aku Gugur Bukan Kerana Karma   Amyza Aznan

Setelah beberapa kali berperang dengan haters di laman Twitter, Amyza akhirnya mengalah dengan individu yang berkenaan.

Bagaimanapun, untuk semua peminat Amyza, di sini OHBULAN! ingin kogsikan juga beberapa foto terkini pelakon tersebut untuk tatapan anda semua.

Sumber : Twitter & Instagram Amyza Aznan

(Takziah) <b>Amyza Aznan</b> Keguguran Anak Keempat | Oh! Artis

Posted: 23 Nov 2013 12:16 AM PST

ohartis-amyza-aznan-keguguran-1

Takziah diucapkan kepada pelakon dan pelawak Amyza Aznan kerana mengalami keguguran bayi yang baru memasuki usia dua bulan ketika menjalani penggambaran di Johol, Negeri Sembilan. Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh Amyza melalui laman sosial Twitter miliknya.

ohartis-amyza-aznan-keguguran

"Ketika menjalani penggambaran di Johol, Negeri Sembilan, tanpa disangka saya mengalami pendarahan. Kru di lokasi bergegas menghantar saya ke Kuala Lumpur.

"Jujurnya ketika saya disahkan mengandung, suami dan anak adalah orang yang paling teruja. Tapi nak buat macam mana bukan rezeki saya. Malah saya sangat bersedih dan asyik menangis sejak semalam," kongsi Amyza.

"Sepatutnya saya perlu menjalani tempoh berpantang seperti orang lain, tetapi memandangkan tuntutan kerja yang tinggal tiga hari lagi, jadi saya perlu ke lokasi pada hari Isnin ini."

OHARTIS: TAKZIAH BUAT AMYZA DAN KELUARGA. SEMOGA DIKURNIAKAN REZEKI YANG LAIN SELEPAS INI. INSYAAALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan