Nuffnang

Isnin, 11 November 2013

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


<b>Diana Amir</b> Sah Bergelar Isteri | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 25 Oct 2013 06:38 AM PDT

Diana Amir Sah Bergelar Isteri

Tepat jam 9.30 malam, Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim telahpun selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh jurunikah, Haji Hazaruddin Bin Haji Baharuddin berwakil wali bapa Diana sendiri dengan mas kahwin berjumlah RM1,000 tanpa wang hantaran.

Majlis Ijab dan Qabul ini menyaksikan kedua-dua mempelai tidak berbalas dulang hantaran, cuma terdapat tiga dulang berupa sebentuk cincin, senaskah Al-Quran dan mas kahwin.

Seramai lebih kurang 300 orang tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat terdekat dan rakan media hadir menyaksikan seri pengantin Diana yang kelihatan cukup ayu mengenakan busana pengantin berwarna krim dan merah jambu rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail.

Sementara itu, suaminya pula kelihatan cukup segak bergaya dalam persalinan berwarna krim yang juga merupakan rekaan khas dan tajaan dari pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail.

Untuk pengetahuan anda, majlis pernikahan mereka telah berlangsung dengan penuh meriah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Namun begitu, pasangan pengantin baru ini masih belum membuat keputusan untuk menetapkan tarikh serta lokasi majlis persandingan mereka nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan