Nuffnang

Khamis, 21 November 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Dan Emma Maembong Sah Bercinta? | - Beautifulnara

Posted: 20 Nov 2013 12:04 AM PST


Wow. Abang Nara kagum dengan hasil risikan serta kajian yang dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang mahukan 2 selebriti ini bercinta. Menerusi akaun Instagram ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta. Benar atau tidak? Hanya Zizan dan Emma sahaja yang tahu.

zizan dan emma maembong

Antara "hint" yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013 berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan simbol "love" ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan?

zizan dan emma maembong

Malah Zizan juga pernah menulis "Miss you sayang" menerusi akaun Twitternya. Tidak lama selepas itu, Emma Maembong turut sama menulis status yang sama. Perkara-perkara kecil seperti ini telah berjaya dikesan oleh para peminat mereka menguatkan lagi anggapan ramai yang mereka berdua benar-benar bercinta.

zizan dan emma maembong

Abang Nara pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara "hot girl" di dalam dunia hiburan. Abang Nara suka kalau mereka benar-benar bercinta. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel.

zizan dan emma maembong

Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

zizan dan emma maembong

P.S: Harga runtuh tahap maksimum daripada Ryaniez Moments Photography. Kalau anda nak berkahwin ketika musim cuti sekolah ini dan masih belum ada jurukamera, sila dapatkan khidmat mereka. Dijamin profesional, berkualiti dan harga berpatutan. Tak percaya? Tanya sendiri dengan PM mereka di Facebook Ryaniez Moments Photography atau SMS/Whatsapp nombor di atas. Memang thorrbaek!!!

zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong

Baca Yang Ini Pulak:-

Biar Kami Tumpu Pada Kerjaya Dulu - <b>Zizan Razak</b> | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2013 11:54 PM PST

Bukti Apa Yang Mereka Ada?   Zizan Respon Gosip Cinta Emma Maembong

Semalam kecoh di internet apabila beberapa buah portal hiburan mengeluarkan artikel berkaitan kisah cinta antara Zizan Razak dan pelakon yang sedang meningkat naik, Emma Maembong.

Artikel tersebut mengandungi bukti-bukti secara langsung dan tidak langsung yang menunjukkan mereka sedang hangat bercinta.

Walaupun kedua-duanya enggan memberi penjelasan, namun peminat masih tidak jemu untuk membongkar gosip ini. Mungkin peminat seronok melihat Zizan dan Emma yang kelihatan serasi bersama.

Bukti Apa Yang Mereka Ada?   Zizan Respon Gosip Cinta Emma Maembong

Emma dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Zizan Razak

Bagaimanapun, Zizan yang dihubungi sebentar tadi masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercerita lanjut mengenai perkara ini.

Biarlah apa orang nak cakap. Kami lebih selesa dengan status begini. Kalau betul pun saya bercinta dengan Emma, tak mungkin saya akan umumkan sekarang melainkan jika saya benar-benar ingin berkahwin nanti. Lagi elok rasanya kami tumpu pada kerjaya dulu buat masa sekarang.

Berbalik kepada soal bukti percintaan mereka yang dikumpulkan oleh peminat, Zizan menyatakan itu hanyalah andaian semata-mata tanpa mempunyai pengesahan daripada tuan punya badan sendiri.

Bukti apa yang mereka ada tanpa pengesahan daripada saya ataupun Emma? Sebarang status atau kemaskini di laman sosial itu semua sekadar gurauan sahaja.

Bukti Apa Yang Mereka Ada?   Zizan Respon Gosip Cinta Emma Maembong

Antara bukti percintaan mereka yang dapat dihidu peminat

Dalam masa yang sama, Zizan juga menafikan dakwaan yang dia pernah ke pusat membeli-belah Pavillion sambil berpegangan tangan dengan Emma.

Beralih kepada perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran di Besut untuk sebuah program travelogue berjudul Terengganuku.

Program tersebut juga bakal menampilkan beberapa orang artis jemputan terkenal termasuklah Emma Maembong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan