Nuffnang

Rabu, 4 Disember 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Alyah</b> Mara Dengan 2 Lagu - Gua.com.my

Posted: 05 Nov 2013 06:35 PM PST

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Kisah Hati', Alyah berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 yang bakal berlangsung pada November ini menerusi dua buah lagu iaitu lagu 'Kau Yang Terindah' ciptaan Citra dan Erma Fatima dan lagu 'Permata' ciptaan Zuraini dan Alyah sendiri. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa lagu 'Permata' merupakan lagu lama yang terkandung dalam album pertama Alyah yang diterbitkan oleh EMI pada tahun 2003.

Namun begitu, disebabkan lagu tersebut belum pernah memasuki carta Muzik Muzik dahulu, lagu tersebut layak dipertandingkan dalam carta Muzik Muzik 28 dan kini lagu tersebut layak ke peringkat separuh akhir.

"Lagu itu saya rakamkan 11 tahun lalu bersama dengan pihak EMI. Ada dua versi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Saya menulis lirik lagu tersebut dalam versi Bahasa Melayu. Sepanjang tempoh 11 tahun, saya lalui pelbagai perkara dan apa yang saya tulis dalam lirik lagu tersebut kini terjadi kepada saya. Jadi saya mengambil keputusan untuk merakamkan lagu tersebut dalam gubahan muzik yang baru," jelas Alyah ketika ditemui di sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 28 di The Curve, Damansara pada Isnin.

"Sebelum ini mungkin orang ramai tidak tahu yang saya pernah mempunyai album solo pada tahun 2003 dan mungkin orang mula mengenali saya menerusi lagu 'Tak Mungkin Kerana Sayang'. Saya cuma ingin berkongsi apa yang saya kecapi sekarang. Setakat ini Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan apa yang saya ada, namun begitu, ada banyak perkara lagi yang ingin saya lakukan dan buktikan kepada semua," tutur Alyah lagi.

Dalam pada itu, Alyah sempat mengulas mengenai trend lagu-lagu sekarang yang kebanyakannya berirama 'easy listening' dan relaks berbanding dahulu yang dipenuhi dengan irama balada dan lagu-lagu yang menguji kekuatan vokal.

"Industri kita sedang mengikuti arus kitaran muzik semasa. Saya akui kini banyak penyanyi yang mengeluarkan lagu-lagu yang berentak relaks dan senang dinyanyikan. Saya percaya benda ini berpusing, mungkin tiga atau empat tahun hadapan, lagu-lagu yang menguji kekuatan vokal menjadi trend semula, siapa tahu," ulas Alyah.

Dalam perkembangan lain, Alyah bakal tampil dengan single terbaru bertajuk 'Ada Cinta' ciptaan Manusia Putih dan lirik oleh Budi Hekayat dan dirinya sendiri. Single berentak balada itu sedang menjalani proses rakaman dan bakal menemui pendengar tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan