Nuffnang

Ahad, 8 Disember 2013

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


“Shima Anuar Ada Ciri-Ciri Wanita Idaman Saya” – <b>Arja Lee</b>

Posted: 03 Dec 2013 08:04 AM PST

Pada majlis Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang berlangsung baru-baru ini, aktor filem '…… Dalam Botol', Arja Lee tampil sedondon dengan aktres filem 'Highland Tower', Shima Anuar. Mereka yang hadir bersama-sama ke majlis ini kelihatan sangat rapat seperti sepasang kekasih.

Sebelum ini menerusi laman Instagram milik Arja, dia pernah mengemaskini gambarnya bersama Shima dengan menulis "miss you my baby". GUA berpeluang menemuramah Arja dan Shima untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

"Ini adalah acara besar pertama yang kami hadiri bersama-sama. Saya mula rapat dengan Shima semenjak bertemu dengan Shima di majlis tayangan filem 'Highland Tower'. Tapi sebelum itu, kami memang saling mengenali. Kini sudah hampir dua bulan kami berteman rapat," jelas Arja ketika ditemui di 'post-party' ASK 2013.

Ketika ditanya adakah mereka berdua kini sedang menjalinkan hubungan cinta, Shima menjelaskan yang kini dia sedang mengenali hati budi Arja.

"Saya tidak tahu mahu klasifikasikan hubungan kami sebagai apa, tapi saya dan Arja kini sedang mengenali dan mendalami hati budi masing-masing. Saya senang berdamping dengan Arja. Dia seorang yang relaks, tenang dan dia adalah seorang lelaki yang boleh dipercayai," jelas Shima lagi.

Tambah Arja pula, sekarang merupakan masa yang sangat sesuai untuknya dalam mencari seorang gadis untuk dijadikan isteri.

"Saya pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada umur 33 tahun. Kini umur saya pun dah masuk 30 tahun, Jadi inilah masanya saya untuk saya mencari seseorang untuk dijadikan calon isteri. Bagi saya, Shima ada ciri-ciri wanita yang saya sukai. Dia bukan sahaja cantik, malah personalitinya juga sangat menyenangkan," ujar Arja lagi yang menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan